Rabu, 1 Julai 2009

NOTA CATITAN: KEKANDA HJ MOHD YUSOF KEMBALI KERAHMATULLAH...

Ahad 28 Jun 2009 bersamaan 5 Rejab 1430 jam 2.30 petang waktu tu baru rehat daripada Mesyuarat MPP makan tengahari kat restoran Hot Media. Habis makan dapat panggilan telefon daripada anak sedara aku Cikgu Mad kata 'Paman Abah dah tak ada Paman baru sekejap....' apa..Innalilahiwainaillaihirojiun... terus aku tanya kat mana..' abah pengsan kat ladang..dan terus..' Allhuakhbar...ok mad..paman beritahu semua.. beberapa detik kemudian abang aku Yakob telefon...tanya dah dapat berita ke..aku kata baru dapat...aku terus telefon..Isteri ke..dan semua abang juga sedara mara yang lain...
Tahun ni usianya baru cecah 60 tahun...orangnya begitu tabah, cekal aku banyak berterima kasih kerana pengorbanannya sebagai abang yang tua sanggup tidak menerima pelbagai kemudahan serta kesenangan.Aku tahu abang Yusof orangnya bijak kalaulah ketika zamannya itu dia bersekolah aku cukup pasti dia akan lulus ijazah dan menjadi pegawai besar dalam kerajaan ketika itu. Namun kesempitan hidup dan masa tak menyebelahinya abang Yusof namun kehidupan diharungi dengan menjadi peneroka tanah rancangan felda Sg Tekam Utara Jerantut Pahang, antara tanah rancangan felda yang awal di Malaysia. Ketokohan Almarhum memang terserlah di Sg Tekam dengan menjawat pelbagai jawatan kampung seperti setiausaha masjid, Pengerusi Surau, Ketua Cawangan UMNO, JK Kampung dan menjalankan bisnes sebagai kontraktor pengurusan ladang. Aku cukup bangga dengan kebolehan Abangku Yusof... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ..muga kau ampunkan segala dosanya samada yang kecil mahupun yang besar...kau terimalah segala ibadat dan amal baiknya..kau bentang luaskan lah alam kuburnya..berilah haruman syurga..di kubornya...kau berikanlah..catitan amalnya dengan tangan kanan..kau lintaskannya ditititian siratulmustakim sepantas kilat....tempatkanlah..ia di dalam Syurga Firdaus...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan