Jumaat, 17 Julai 2009

PADA SAYA TAK MUNGKIN TEO BUNUH DIRI

SHAH ALAM: Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini semalam sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya hari ini.

Anggota Exco, Ean Yong Hian Wah yang menyatakan rasa terkejut dan kesal dengan kejadian itu berkata Teoh sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok (hari ini) dan tiada sebab mengapa beliau harus mengambil tindakan yang boleh menyebabkan nyawanya melayang.

"Oleh itu saya mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) memberikan penjelasan yang adil kepada semua pihak terutama anggota keluarga, parti DAP, kerajaan negeri serta rakyat Selangor bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

"SPRM harus memberi penjelasan kerana sebelum kejadian itu berlaku Teoh berada di bawah kawalan mereka," kata Yong kepada pemberita di tempat kejadian.

Teoh merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri barubaru ini. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull dalam sidang media di tempat kejadian semalam berkata Teoh datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang semalam untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini.

Beliau berkata sebelum pulang Teoh berjanji akan datang semula ke pejabat SPRM Selangor untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

"Beliau (Teoh) bagaimanapun berkata beliau ingin berehat dulu di bilik tetamu pejabat SPRM dan SPRM membenarkannya. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihat beliau lagi.

Mayat Teoh, 30an ditemui dalam keadaan terlangkup pada kira-kira 1.30 tengahhari.

Sehingga pukul 9 malam mayatnya masih belum dikeluarkan dari tingkat lima bangunan itu dan pihak polis juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Beberapa anggota keluarga Teoh telah datang ke tempat kejadian namun enggan memberikan sebarang ulasan kepada pemberita. Turut berada di tempat kejadian ialah beberapa orang anggota exco dari DAP. BERNAMA

Catitan Analisa Sdr Arijan;
Analisa saya tentang kes ini (Berdasarkan pengalaman beberapa kali ke SPRM disoalsiasat, jadi saksi dan diambil keterangan ) MUNGKIN
1) Seluar Mangsa koyak dibahagian punggung, bermaksa mangga bergesel pada dinding atau lantai bangunan. kita ambil dinding bercermin, ini bermakna mangsa tidak melompat atau terjun tetapi cuma mengelunsur keluar dari tingkap. Jika mangsa terjun sudut jatuhan akan lebih besar dan tidak akan bergesel dengan dinding bangunan.
2)Tangan dan jari mangsa cedera, sudah tentu mangsa cuba berpaut tetapi gagal, dinding adan cermin dan selang seli simen. Jika mangsa ingin terjun kebawah kenapa mesti masih cuba hendak berpaut. Kalau bunuh diri dia terjun samada kepala dulu sampai atau kaki sampai dulu.
3) Mangsa ingin berkahwin, dia datang sendiri menaiki kereta ke pejabat SPRM kalau dia rasa bersalah atau takut dia tak akan datang, dia boleh ambil keputusan untuk lari, tiada sebab dia hendak bunuh diri.
4) Kejadian waktu pagi semasa orang langsung tiada disitu.
Senario I : Mangsa mungkin diletakkan ditepi tingkap dengan hanya mengangkutkan seluarnya di"klip" kunci tingkap yang dibuka dengan menolak, semasa soal siasat pegawai penyiasat menggunakan kaedah itu untuk mendapat jawapan. (sesi ke 3 dari 4 sesi), mungkin setelah bersoal jawap dalam keadaan itu ada orang yang memberi tekanan tambahan menyebabkan seluarnya koyak dan tidak mampu menahan lalu jatuh.
2) Ini boleh dibuktikan, adakah "mangsa" bersama "handphone" nya?. Jika ya, mangsa sudah dibebaskan ketika itu. Tetapi jika tidak mangsa masih dalam tahanan. Kerana dalam sesi soalsiasat, handphone akan dirampas.
3) Bagaimana mangsa boleh keluar dari bilik soalsiasat (tepi dinding semua bilik)?.
4) Kenapa mangsa tidak terus balik sedangkan soalsiasat habis 3.45pagi, dan kenapa sampai pagi?. Kereta mangsa ada dibawah. Jika BN/POLIS/SPRM jawab dia bunuh diri, ada 1000 soalan lagi akan timbul. Jika mereka jawab dia dibunuh dengan menolak mangsa maka jawapan saja, soalan tidak timbul lagi.

1 ulasan:

  1. Hi,

    I think someone (maybe more than 1) grabbed Teoh by his back pockets and put him out the windoe to force him to do something he didn't want to do.

    Unfortunately the back pockets ripped sending him plunging to his death.

    BalasPadam