Sabtu, 12 Januari 2013
SYABAS GAGAL: KEMPEN 1 JUTA TANDATANGAN MENDESAK SYABAS SERAH PENGURUSAN AIR KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
KENYATAAN MEDIA
BIRO KEPENGGUNAAN PARTI KEADILAN RAKYAT
SYABAS GAGAL: KEMPEN 1 JUTA TANDATANGAN MENDESAK SYABAS SERAH PENGURUSAN AIR KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Petaling Jaya, 11 Januari 2013 / Jumaat
Biro Kepenggunaan telah mendapat desakan daripada pelbagai pihak yang mewakili pengguna-pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur agar membuat langkah bagi memastikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mesti mengundurkan diri dan menyerahkan pengurusan bekalan air terawat ini kepada kerajaan negeri Selangor.
Desakan pengguna ini adalah kerana;
Syabas telah gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna sebagai sebuah syarikat konsesi bekalan air terawat di Selangor dan Kuala Lumpur.
Kegagalan Syabas jelas dapat dilihat dan dirasai oleh semua pengguna , Syabas gagal membekalkan air yang berkualiti dan bersih, hingga hari ini pengguna masih menerima bekalan air yang berkeladak walaupun Syabas berjanji banyak kali untuk membekalkan air yang berkualiti dan bersih.
Syabas secara terang mengakui bahawa pengurusannya gagal member khidmat yang baik kepada pengguna bila bahagian aduannya setiap hari menerima ribuan aduan daripada pengguna.Sekiranya pengguna berpuas hati ataupun masalah air tidak berlaku maka pengguna tidak akan membuat aduan.
Syabas sendiri mengakui bahawa mereka gagal menyelenggara pam – pam air yang mengakibatkan krisis air sering berlaku dan yang terbaru di kawasan Gombak, Ampang dan Kuala Lumpur.
Syabas gagal menguruskan kewangan syarikatnya dengan sempurna, menurut laporan Syabas mempunyai jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan berjumlah RM2.8 billion ringgit.
Syabas juga gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) kepada 20 peratus. Laporan audit juga mendapati Syabas tidak melaksanakan kerja-kerja ‘capex’ (capital expenditure) dengan baik.
Biro Kepenggunaan mahu Syabas berhenti daripada Berpolitik dan berhenti daripada menjadi bahagian UMNO yang ke 23 di Selangor dan yang ke 223 di Malaysia, Syabas adalah badan perniagaan.
Biro Kepenggunaan juga mahu Syabas bertindak jujur dengan mencipta alasan kerana Projek Langat 2 tidak dilaksankan maka berlakukunya krisis air, semua pengguna tahu bahawa Projek Langat 2 baru nak bermula sedangkan krisis bekalan air berlaku sekarang dan berlarutan.
Biro Kepenggunaan mendesak Syabas menyerahkan secara terhormat pengurusan air terawat di Selangor dan Kuala Lumpur kepada kerajaan negeri kerana air adalah anugerah Allah SWT bukan untuk dijual beli tetapi adalah tanggungjawab kerajaan menguruskan bagi keperluan rakyat.
Biro Kepenggunaan bersama 35 NGO serta dengan sokongan 360 Ketua-Ketua Kampung, lebih 500 Ketua-Ketua Komuniti di Selangor dan Kuala Lumpur akan membuat kempen 1 juta tandatangan pengguna untuk mendesak Syabas berundur dengan cara terhormat serta kempen menyaman Syabas kerana gagal melaksanakan perjanjian membekal air terawatt dengan sempurna, kempen akan bermula esok SABTU 12 JANUARI 2013.
Yahya Sahri, Pengerusi Biro Kepenggunaan
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
PERLAKSANAAN PROJEK KERAJAAN PUSAT DISELEWENG DAN BERSTATUS PROJEK HARAM
KENYATAAN MEDIA
BIRO KEPENGGUNAAN PARTI KEADILAN RAKYAT
PERLAKSANAAN PROJEK KERAJAAN PUSAT DISELEWENG DAN BERSTATUS PROJEK HARAM
Petaling Jya , 11 Januari 2013/ Jumaat
Biro Kepenggunaan mendapat banyak rungutan dan aduan daripada Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Komuniti daripada pelbagai kawasan menyatakan bahawa terlalu banyak projek pembangunan serta pembinaan yang diselaraskan oleh Kerajaan Pusat khususnya yang melibatkan Negeri dibawah Pakatan Rakyat dilaksanakan dengan cara yang salah dan tidak mengikut peraturan.
Banyak projek-projek yang diselaraskan oleh Kerajaan Pusat menjadi Projek Gajah Putih dan berstatus Projek Terbengkalai. Projek - projek senggaran serta baik pulih yang diuruskan oleh pihak ICU (Implementation Coordination Unit - ICU) iaitu Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri menjadi tanda tanya orang ramai dan masyarakat setempat.
Biro Kepenggunaan difahamkan bahawa bajet bagi projek di bawah ICU tidak melalui KSN mahupun Perbendaharaan, Manual pelaksanaan projek mengariskan kaedah pelaksanaan projek seperti yang berikut ; semua projek permohonan cadangan dari ADUN dikemukakan kepada Pegawai Pembangunan Negeri (PPN ) untuk dipanjangkan kepada ICU. Senarai projek dibincang bersama diantara pegawai ICU dan PPN dan keputusan dilakukan oleh pegawai ICU. Senarai projek yang telah diluluskan dipanjangkan semula kepada PPN untuk dikemukakan ke Pejabat Daerah berserta waran pelaksanaan.
Dalam manual peraturan juga menyatakan dengan jelas perlaksanaan semua projek pembangunan mestilah mengikut peraturan serta garis panduan yang telah dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri. Dalam membuat pembangunan Isu Pemilikan Tanah serta tukar syarat mesti diselesaikan selepas itu hendaklah memperolehi kebenaran merancang dari Pihak Berkuasa Tempatan terlebih dahulu
serta mematuhi syarat-syarat kebenaran yang telah diberikan kepadanya.
Merujuk kepada subseksyen 2(1) Akta 172, (Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976) kebenaran merancang ditakrifkan sebagai ‘kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan’. “Menjalankan pemajuan” disini bermaksud, sebarang tindakan pembangunan termasuk kerja-kerja yang memerlukan kelulusan di bawah lain-lain Akta.
Semua pemajuan hendaklah memperolehi kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan, jika pemajuan dijalankan tanpa kebenaran merancang atau pemajuan dijalankan berlawanan dengan kebenaran merancang, pemunya boleh disabitkan kesalahan di bawah Sekyen 27 dan Seksyen 28 Akta 172. Hukuman yang boleh dikenakan adalah mengikut Subseksyen 26(1), iaitu denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rungutan serta aduan yang bertubi-tubi memaksa Biro Kepenggunaan membuat kajiselidik bagi mendapatkan pengesahan kepada aduan yang diterima. Kami merujuk kepada salah satu Daerah di Selangor iaitu Daerah Kuala Selangor, kami telah selidiki salah satu senarai Projek Kecil penyelarasan ICU. Terdapat 18 Projek Kecil yang dilaksanakan di kawasan kampong-kampung yang menimbulkan banyak keraguan, bagaimana nilai projek sehingga RM 90,000.00 boleh dibuat secara gotong-royong (maksudnya tanpa melantik kontraktor), bagaimana projek sebegini dibuat tanpa spesifikasi yang jelas, kemanakah pembayaran dibuat kerana projek dibuat secara gotong royong, siapakah pegawai teknikal dan pegawai pemantau bagi mengesahkan perjalanan projek. (hasil penyelidikan yang kami lakukan banyak pertindihan kerja dibuat)
Kami juga dibawa melawat dan meneliti dua projek besar yang menelan belanja lebih RM 24 juta di dalam daerah yang sama. Projek pembinaan jeti pendaratan ikan LKIM Bagan Pasir Penambang Kuala Selangor yang menjadi projek Gajah Putih, projek telah siap lebih 2 tahun tetapi tidak dapat digunakan kerana pelbagai masalah. Daripada maklumat yang kami terima isu tapak pembinaan masih belum mendapat kelulusan tukar syarat, bila isu tanah tidak selesai maka proses mendapatkan kebenaran merancang daripada pihak PBT pasti tidak boleh dilakukan. Persoalan yang timbul adalah bagaimana projek pembangunan boleh dilaksanakan, bagaimana bangunan boleh di didirikan, bagaimana proses mengeluarkan tender boleh dilakukan serta bagaimana bayaran boleh dikeluarkan kepada kontraktor sedangkan perkara asas dalam melaksanakan pembangunan tidak dibuat iaitu Kebenaran Merancang.
Begitu juga satu lagi pembinaan kompleks nelayan kecil serta jeti pendaratan ikan di Kg Sungai Yu Kuala Selangor.Perkara yang sama juga berlaku isu tapak pembangunan yang belum selesai iaitu hak pemilikan tanah, proses tukar syarat tanah, sudah tentulah Kebenaran Merancang daripada pihak PBT iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor tidak diperolehi. Penduduk dan Nelayan merungut kerana kompleks yang cantik, siap dengan kemudahan Chalet yang khabarnya menelan belanja lebih RM 5 juta tetapi tidak dapat digunakan dengan sempurna, perkhidmatan eletrik dan air tidak dapat dibekalkan, perkhidmatan kebersihan tapak serta kutipan sampah tidak dapat dilakukan oleh pihak MDKS.
Biro Kepenggunaan mempunyai banyak lagi contoh-contoh projek seperti yang telah dinyatakan tadi, bagi isu yang telah dibentangkan kami ingin mendesak agar pihak Audit Negara dan SPRM membuat siasatan segera ke atas semua projek-projek yang dibina tanpa mengikut aturan sebagaimana manual membangunkan sesuatu projek seperti yang gariskan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Kewangan sendiri.
Yahya Sahri, Pengerusi Biro Kepenggunaan
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Ahad, 23 Disember 2012
Khamis, 20 Disember 2012
'Kenapa bekas pegawai tinggi polis miliki flat kos rendah?'
'Kenapa bekas pegawai tinggi polis miliki flat kos rendah?'
Aidila Razak
5:17PM Dis 18 2012
PKR hari ini menuntut penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimana seorang bekas pegawai tinggi polis dapat membeli sekurang-kurangnya empat rumah pangsa kos rendah di Miharja di pusat bandar Kuala Lumpur.
Ketua biro hak pengguna PKR, Yahya Sahri mendakwa maklumat itu diperolehinya melalui carian hartanah dengan DBKL.
Menurutnya, carian itu dibuat pada tahun 1999 sebaik sahaja
selepas pegawai bersara.
"Flat itu dimiliki oleh beliau dan isterinya.
"Orang awam yang layak terutamanya yang tinggal di bandar terpaksa menunggu giliran tetapi pegawai polis ini yang turut memiliki aset lain dapat membeli flat kos rendah ini dengan begitu mudah," katanya.
Selain empat flat di Taman Miharja, bekas pegawai tertinggi polis itu juga didakwa memiliki rumah di Desa Kira, Seputeh, Sri Rampai, Wangsa Maju dan Setapak.
Yahya yang merahsiakan nama bekas pegawai berkenaan mendakwa DBKL menganggarkan rumah di Desa Kiara memberikan pulangan sewa kira-kira RM20,400 setahun.
Sementara tiga unit rumah di Wangsa Maju, Sri Rampai dan Setapak pula masing-masing memberikan pulangan sewa sebanyak RM25,500, RM14,400 dan RM10,200.
Empat unit flat di Taman Miharja pula didakwa memberikan pulangan sewa sebanyak antara RM4,800 ke RM6,000 setahun.
Yahya menegaskan beliau tampil dengan dakwaan itu sekarang walaupun mempunyai maklumat tersebut sejak sekian lama kerana terdapat isu lain yang lebih mustahak sebelum ini.
Beliau juga mendakwa bahawa bekas pegawai polis berkenaan turut mempunyai banyak aset di luar Kuala Lumpur, antaranya di Melaka dan beliau akan mendedahkannya dalam sidang media yang akan datang.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Hanya notis larangan biasa untuk orang Islam - Selangor & KL - Sinar Harian
Hanya notis larangan biasa untuk orang Islam - Selangor & KL - Sinar Harian
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Pengusaha serah memorandum, kemuka 6 tuntutan - Selangor & KL - Sinar Harian
Pengusaha serah memorandum, kemuka 6 tuntutan - Selangor & KL - Sinar Harian
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Jelaga hitam punca sesak nafas - Selangor & KL - Sinar Harian
Jelaga hitam punca sesak nafas - Selangor & KL - Sinar Harian
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Langgan:
Catatan (Atom)
