14 Jun 2010 (Isnin) jam 2.00 petang perginya menemui Illahi seorang insan yang aku gelar pejuang tulin. Almarhum Ustaz Hassan Syukri telah lama aku kenali lebih 15 tahun lalu, lebih rapat selepas tahun 1998 hampir setiap hari bertemu hingga menjelang pilihnaraya 1999. Teringat pertemuan secara rasmi bila mana aku mewakili parti bersama Dr Ghazali Basri, Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Parti Keadilan Nasional yang pertama membuat perbincangan rasmi bertempat di Pejabat Koperasi Al Hilal di Jalan Pahang Kuala Lumpur.Isnin, 14 Jun 2010
PERGINYA SEORANG PEJUANG TULIN ALMARHUM USTAZ HASSAN SYUKRI
14 Jun 2010 (Isnin) jam 2.00 petang perginya menemui Illahi seorang insan yang aku gelar pejuang tulin. Almarhum Ustaz Hassan Syukri telah lama aku kenali lebih 15 tahun lalu, lebih rapat selepas tahun 1998 hampir setiap hari bertemu hingga menjelang pilihnaraya 1999. Teringat pertemuan secara rasmi bila mana aku mewakili parti bersama Dr Ghazali Basri, Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Parti Keadilan Nasional yang pertama membuat perbincangan rasmi bertempat di Pejabat Koperasi Al Hilal di Jalan Pahang Kuala Lumpur.Selasa, 1 Jun 2010
Isnin, 24 Mei 2010
CATITAN SEPANJANG APRIL DAN MEI 2010
Di Kg Kem Tiram Setia Tg Karang, rumah kerumah
Bersama DS Anwar, Yb Ravi (ADUN PD) & Pak Kudus
Ziarah pesakit yang lumpuh di Tiram Setia , Tg Karang
Berucap di Kg Bagan Pasir Tg Karang
Berucap di Bkt Belimbing, Kuala SelangorSEKITAR PROGRAM SAMBUTAN LAWATAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU SINGAPURA, 22 MEI 2010, TG KARANG
Khamis, 29 April 2010
Catatan Selepas PRK Hulu Selangor
Perasaan pertama sedih dan hampa, saya antara orang yang awal turun bagi memastikan dapat membentuk jentera yang mantap.
Ketentuan Allah kena terima.
Apa perlu buat, kenapa kita kalah.
Reaksi saya kita lemah mereka kuat, walaupun pelbagai cara jahat. Itu cerita lain yang utama kenapa kita tidak bersedia bukankah kita sudah tahu mereka memang jahat.
Hakikat yang perlu diterima adalah struktur organisasi parti serta pengurusan dan pentadbiran parti di semua peringkat samada pusat, negeri, cabang dan ranting adalah lemah.
Apa perlu kita buat, saya mencadangkan semua ahli MPP diberi peranan yang jelas serta spesifik untuk memantau pengurusan serta pentadbiran cabang-cabang , katalah 200 cabang kita ada 50 orang MPP maka setiap seorang MPP perlu memantau 4 cabang.
Perkukuhkan cabang dan ranting, pentadbiran serta pengurusan cabang meliputi tahap aktif serta tidak aktif setiap anggota Jawatankuasa ini adalah kerana ramai AJK yang langsung tidak aktif selepas dipilih ataupun dilantik, cabang kena bergerak aktif dengan aktiviti serta program, kewangan cabang juga menjadi satu topik penting berapa banyak kewangan cabang ataupun sumber kewangan yang boleh diperolehi oleh cabang. Isu kewangan cabang ini adalah antara kelemahan yang ketara bagi cabang Hulu Selangor. Cabang tidak punya kewangan langsung jadi untuk membuka bilik gerakan di peringkat Daerah Mengundi juga diperingkat DUN terpaksa menungu duit daripada sumbangan Negeri yang terlalu lambat hingga mengkibatkan terpaksa membayar kos sewa yang tinggi.
Cabang kena bergerak aktif untuk menubuhkan ranting-ranting bagi membentuk asas jentera parti diperingkat Daerah Mengundi.
Kerjasama antara Parti Pakatan Rakyat mesti disegerakan diperingkat akar umbi. Jentera parti untuk Pilihanraya mesti disegerakan PRU 13 terlalu hampir. Latihan mengurus pilihanraya mesti dibuat segera , membentuk pasukan yang mantap juga mesti disegerakan.
Pada saya berpolitik diperingkat atasan akan menjadikan kita satu parti yang tidak jejak dibumi nyata. Orang Felda, Kelumpang, Sg Buaya, Rasa, Ulu Yam tak berapa kisah pasal APCO. Mereka kisah pasal geran tanah, tapak rumah, jalan tak ada lampu, jalan rosak, rumah nak roboh. Kita kata BN bila nak pilihanraya baru buat jalan, baru naik tiang letrik, tapi kita apa bezanya.
Jumaat, 26 Mac 2010
Alfatihah: muga Allah merahmati roh Dato Zainal
| MP Hulu Selangor meninggal dunia | ||
| |
Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
![]() |
Malam tadi sejak mula hendak berceramah di Kampung Bestari Jaya dua tiga sms telah masuk menyatakan Dato' Dr Zainal telah meninggal dunia.Mula-mula tu teragak-agak sebab berita Almarhum meninggal ni telah bermain sejak beberapa minggu. Habis sahaja berceramah kenyataan rasmil melalui adilnet mengesahakan berita, innalillahiwainaillaihirojiunn.. muga Allah menempatkan roh bersama pasa solihin.
Almarhum semasa hayat punya kelebihan tersendiri, pengalaman saya bekerja bersama beliau di dalam Keadilan punyai warna warni tersendiri. Semua orang mesti maklum dan menyedari semasa Almarhum memimpin Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor selaku Pengerusi Perhubungan Negeri kejayaan paling bersinar iaitu dimana Keadilan bersama rakan-rakan parti lain telah berjaya menumbangkan BN dalam Pilihanraya ke 12 Mac 2008.
Keadilan Selangor semasa pilihanraya ke 12 telah bertanding 21 kerusi DUN telah memenangi 15 kerusi manakala bertanding 11 kerusi Parlimen menang 9 kerusi termasuk Parlimen Hulu Selangor walaupun kemenangannya begitu tipis iaitu majoriti 198.Parlimen Hulu Selangor merupakan antara kubu kuat BN dengan sejarah pilihanraya BN sentiasa mengekalkan majoriti yang tinggi melebihi 10 ribu tetapi kelebihan Almarhum dapat merubah senario serta landskap politik Hulu Selangor. Para penganalisa politik agak kelu bagaimana satu kawasan parlimen yang ketiga-tiga DUN dimenangani oleh BN tetapi Parlimen boleh berbeza keputusannya.
Selaku pengarah pilihanraya bila mana saya diminta untuk mencadangkan kerusi mana beliau untuk bertanding saya duduk bersama beliau berdua, saya tanya soalan kepada Almarhum Dato' Zainal, "Dato' nak jadi MB tak...dia pandang..dia renung..mata saya...kemudian dia senyum sinis..boleh ke Ya..saya jawab dengan penuh yakin..saya yakin kali ini boleh.... dia pandang...menjauh kepada saya..dia melontarkan jawapan...saya rasa..saya tak nak DUN la ya..saya nak bertanding Parlimen...saya tanya lagi betul ni Dato'...dia cuma angguk..saya kata ok... kalau macam tu ada beberapa kerusi yang saya cadangkan... kalau nak DUN saya kata Semenyih lah...dia kata...tak.tak.. ok Parlimen Hulu Langat...Almarhum..diam..sekejap..selain daripada Hulu Langat boleh tak ya...ok..Dato' nak Parlimen mana...saya rasa saya hendak sangat kalau dapat Parlimen Serdang...situ saya cukup yakin... dalam kepala saya dah ada jawapan iaitu tak boleh..tapi saya tak jawap terus..kita tengok sekejap..sambil sama-sama kertas data susunan agihan kerusi pilihanraya.. sambil menyemak saya nyatakan....Serdang ni susuah kita nak dapat pasal nak bincang dengan DAP boleh ke Dato'...oh ya.itu kerusi DAP kan...Yahya kenal baikkan dengan DAP..tak boleh ke nak bincang... saya garu kepala saya... memang le baik tapi kerusi ni awal-awal Pusat dah putus..kerusi DAP..dia tak bertindih..ikut daripada keputusan mesyuarat yang kita boleh bincang kerusi yang bertindih sahaj....ALmarhum Dato'...merenung saya sambil mengusap-ngusap kepalanya... mana lagi kerusi yang boleh...ok saya kata ada beberapa lagi yang berpotensi dan kosong...Sungai Besar, Kuala Langat, Kelana Jaya dan Hulu Selangor... saya buka data Sg Besar...saya rasa macam boleh..cuma kat sini kekangan agak kuat kerana Parlimen Timbalan Menteri Noriah Kasnon dan Ketua Bahagian UMNO MB Khir Toyo...boleh cuba..Dato' tanya situ sapa orang kita..saya kata Bakhtiar...kalau nak esok atau lusa kita pergi bincang dengan Bakhtiar dan survey kawasan... ok saya pun tanpa berlengah telefon Bakhtiar terus janji esok aku datang dengan Dato' Pengerusi Perhubungan Negeri untuk tengok potensi....perbincangan dengan Bakhtiar tidak berapa menarik Almarhum beri jawapan pada saya Sg Besar tak boleh lah.. kalau Hulu Selangor boleh tak...saya pun agak sukar juga nak berikan jawapan... bila beliau tengok macam saya susah nak beri jawapan dia pun cerita...Kampung isteri saya kat sana..mula-mula mengajar sekolah kat sana...saya banyak anak murid, kenalan serta keluarga...malah dia kata Tan Sri Muhamad Taib pun bekas murid saya... saya sukar kerana...itu kerusi MIC ...itu ok lagi..pulak tu Manikavasagem (Mike) nak Parlimen tu selain daripada Batu Caves..saya mula mencongak-congak....saya terus terus Nasharudin Ketua Bahagian Hulu Selangor...jawapan daripada Nash cukup positif....saya pun nyatakan dengan Almarhum Dato' ok Tok..boleh..besok boleh kesana... rupa-rupanya tak tunggu besok malam itu juga dia balik kampung terus jumpa dengan beberapa pimpinan kampung serta teman-teman di Hulu Selangor...esoknya awal pagi Dato' telefon..Ya boleh lah rasanya Hulu Selangor...ok Alhamdullilah..tapi Ya U mesti tolong saya untuk susun bagi menang..Insyaallah... pehhh lega satu beban aku telah sesesai.. satu lagi apa aku nak silat dengan agihan kerusi India ni... meeting kat rumah DSAI untuk selesaikan Batu Caves dan Mike. Sebelum bincang aku gamit Azmin aku kata gini..Batu Caves boleh selesai kita bawak Mike ke Kapar....masa meeting DSAI bangkit pasal Dato' Zainal saya kata dah seselai...Parlimen Hulu Selangor...ok."
Sekadar mengingat beberapa catitan sepanjang bersama ALmarhum YB Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad antara tokoh akademik hebat. Kita kehilangan satu lagi permata. Muga Allah ampunkan segala dosanya dan menerima segala amal serta kebajikannya. Kata bijak pandai bila meninggal hari Jumaat tanda Allah sayang.





+of+CSC_0750.jpg)
+of+DSC_0655.jpg)
+of+DSC_0697.jpg)
+of+DSC_0631.jpg)
+of+DSC_0621.jpg)
+of+DSC_0608.jpg)
+of+DSC_0601.jpg)
+of+CSC_0754.jpg)
+of+CSC_0753.jpg)

