Isnin, 15 Mac 2010

Usia 22 Tahun dengan 22 Tahun Pengalaman

Alhamdullilah...hari ini ikut perkiraan usia cecah 44 tahun. Muga Allah terus merahmati aku dan seluruh keluargaku..amin
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Isnin, 15 Februari 2010

Anaku Amirah Sariyati 17 Tahun


Hari ini hari ulang tahun ke 17 anakandaku Amirah Sariyati, muga Allah terus merahmati, memberkati, murahkan rezeki, jadi anak solehah dan insan yang bertaqwa. SPM tahun 2010 10A, teruskan kecemerlangan - UPSR 5A, PMR 8A..
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Jumaat, 5 Februari 2010

SKRIP DRAMA KITAR SEMULA BERTARAF DARJAH 6

Salam, agak lama tak kemaskini blog terakhir 17 Januari 2010 hari dah 5 Febuari 2010.
Begitu cepat masa bergerak dah sebulan tahun 2010. Perancangan 2010 baru lakar-lakar dah habis Januari, ada sedikit yang bergerak;
i. Kuliah Bisnes Percuma yang bermula minggu pertama bulan Januari 2010 terlaksana dengan baik, aku kuatkan tekad aku mesti berikan serta curahkan sedikit ilmu, pengetahuan serta pengalaman kepada teman-teman, kawan-kawan serta yang berminat dalam dunia bisnes. Selama hampir 20 tahun sejak tahun 1989 aku berkecimpung dalam dunia bisnes khususnya dalam bidang perundingan bisnes agak banyak yang aku pelajari. Aku mesti beri khidmat secara percuma kerana ilmu milik Allah aku kena berikan balik kepada hamba Allah.
ii. Tekad tahun ni nak habiskan banyak buku, setakat ni baru 6 buah buku antaranya Magnet Rezeki dengan Solat Duha-Muhammad Mokhtar, Formula Bisnes Negara China-Ann Wan Seng, 13 Mei - Kua Kia Seng, Islam Melayu Komunis - Abdulah CD, Membina Organisasi -Mohd Shuhaimi Embong, Wajah Baru Politik Malaysia- Mujahid Yusof dan tengah baca Superclass -David Rothkopf.
iii. Semalam sempat ziarah Pak Kudus yang kurang sihat sejak beberapa minggu ini, maslah kepada orang yang hari-hari jumpa orang macam ni lah, sakit tapi bila boleh sembang terus sihat. Cerita pasal ayam, burung, pokok dan lain-lain.
iv. Cukup menarik semalam singgah kat pusat Agro yang diusahakan oleh Arijan, Itek dia dah besar belum mula bertelor, Chili dah keluar hasil menarik dia bagi plastik maka memetik le sekilo Chili. Makan kat kedai anggerik terus ke tempat peliharaan itek Faizal pulak itek dia dah bertelor , bawak balik telor asin dan telor baru ditelorkan, tebang pokok pisang bawak beberapa tandang pisang macam ada kebun sendiri.
v. Malam ada meeting bersama dengan Cikgu Abas Awang berkenaan KPI jemput Hj Jamali dia datang. Ada beberapa perkara yang menarik dibincangkan.
vi. Perkembangan politik Malaysia kini sedang dalam ujian mencabar, skrip drama lama dikitar semula maklumlah zaman kempen Hijau, kempen dunia tanpa plastik lah, jadi skrip dramapun kena kitar semula tapi penulis skrip yang diupah rasanya penulis skrip yang tak pernah dapat anugerah sebab tu skrip dia betaraf darjah 6.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Ahad, 17 Januari 2010

Buletin Utama 18 Julai 2007: Umno Hanya Pertahan Kuasa Bukan Bela Orang Melayu, PKR Selangor Tawan Selangor

Hari ini mengemas tatap balik respon saya kepada bualbicara saya bersama Sdr Zul wartawan Buletin Utama dan diterbitkan pada keluaran 18 Julai 2007. Jangkaan saya ketika itu cukup tepat PKR Selangor akan menang pada PRU 12..itu respon saya pada 2007 untuk PRU 12...saya tunggu media mana yang akan tanya saya mengenai PRU 13...

Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Isnin, 11 Januari 2010

Rehat

1.Sabtu hadir mesyuarat MPP di Ibu Pejabat, terima perletakan jawatan Dato' Salehuddin selaku Setiausaha Agung, diganti YB Saifuddin Nasution Ismail.
2.Ahad rehat dirumah tidak hadir program kolokium Negeri Selangor.Rasa aman damai bersama anak-anak, perkara yang tak pernah berlaku untuk tempoh 19 tahun.Pendam rasa hati, fokus pada diri sendiri dan famli.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Jumaat, 8 Januari 2010

Setiausaha Agung PKR Letak Jawatan

Setiausaha Agung PKR Letak Jawatan
KUALA LUMPUR: Datuk Salehuddin Hashim hari ini meletak jawatan sebagai setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menumpukan perhatian terhadap bidang kerjayanya.
Bagaimanapun, beliau, yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khlaid Ibrahim, pada Mac 2008, kekal sebagai anggota biasa dalam part itu.

"Cukuplah enam tahun saya aktif dalam parti, lagi pun saya nampak ada orang lain yang lebih berkebolehan dan lagi pandai untuk menggantikan saya," katanya kepada Bernama di sini.
Salehuddin berkata surat perletakan jawatan sudah pun dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali pada pukul 5 petang tadi.

Katanya beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas di Amerika Syarikat.
Salehuddin mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung.- BERNAMA
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/

Rabu, 6 Januari 2010

Belang sebenar Chin Peng

Belang sebenar Chin Peng

Oleh Mohd Azis Ngah dan Safuri Kamarudin
bminggu@bharian.com.my




Pemimpin PKM itu tunjuk sikap angkuh mahu ideologi komunis diiktiraf

SEMINGGU lalu, genap 54 tahun peristiwa bersejarah Rundingan Baling 1955 yang diadakan selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955 bertempat di Baling English School atau nama barunya, Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putra (SRKTP).

Rundingan khas atau 'Baling Talk 55' antara Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng itu antara usaha menuntut keamanan, menghentikan pertumpahan darah, kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat.


Proses rundingan di daerah pedalaman Kedah itu juga boleh dianggap antara usaha terakhir kerajaan meyakinkan British bahawa anak tempatan layak memerintah negara sendiri dan bersedia menuntut kemerdekaan.

Buktinya, beberapa hari hari selepas pertemuan bersejarah itu berlangsung, Tunku terus berangkat ke London meneruskan pula rundingan kemerdekaan dengan British.

Namun, Rundingan Baling dikatakan gagal - puncanya cukup mudah, iaitu kerana sikap ego, degil serta keengganan Chin Peng menerima keamanan, tidak sanggup menyerah diri dan memilih pertumpahan darah sebagai saluran perjuangannya.

Dari kiri Rashid Maidin, Chin Peng dan Chen Tien pada awal sesi rundingan. Gambar kecil, perakam suara yang dipasang pada siling bilik rundingan.

Sepanjang rundingan, Chin Peng sudah memperlihatkan sikap tidak percayakan sesiapa, sedangkan kerajaan bersusah payah menjayakan proses itu serta gencatan senjata bagi memastikan pertemuan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Sedikit suntingan catatan Setiausaha Peribadi Tunku, Tan Sri Shafie Abdullah yang menyertai rundingan itu dan catatan wartawan, Harry Miller, memperlihatkan belang sebenar Chin Peng, tetapi maklumat berkenaan sebenarnya jarang dihebahkan.

Catatan berbunyi: "Pada petang 28 Disember 1955, masuklah Tunku bersama Encik David Marshall (Ketua Menteri Singapura), Encik Hamid Jumat, Datuk (Sir) Tan Cheng Lock, Encik Yaacob Latiff, Encik Too Joon Hing, Encik TH Tan dan Tuan Syed Jaafar Albar ke bilik rundingan.

Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin dibawa masuk ke bilik rundingan melalui jalan belakang, iaitu dari rumah penginapan mereka oleh Encik John LH Davis (Pegawai Daerah Butterworth). Chin Peng duduk bertentangan dengan Tunku dan diapit Rashid dan Chin Tien.

Orang ramai berkumpul sepanjang laluan ke sekolah untuk melihat wakil rundingan.

Sebaik saja duduk, Chin Peng terus memperlihatkan sikap curiga, memerhati keadaan sekeliling seolah-olah tidak percaya jaminan keselamatan yang dijanjikan kerajaan. Chin Peng curiga melihat sesuatu yang dilekatkan pada siling bilik rundingan.

Tunku menjelaskan, ia sebenarnya perakam suara untuk merekodkan butiran perbincangan dan meminta Chin Peng supaya yakin, bahkan membenarkan beliau sendiri memeriksa alat itu jika tidak berpuas hati.

Chin Peng bangun, diikuti Chen Tien lalu memeriksa bilik sebelah dan sekeliling tempat rundingan. Selepas berpuas hati, barulah mereka kembali semula ke kerusi rundingan."

Sikap tidak percaya dan curiga itu berterusan hinggalah tamat rundingan hari pertama. Chin Peng dan rakannya disediakan sebuah bilik tidur di bangunan bersebelahan tempat rundingan. Asal bangunan itu adalah rumah guru dan kini dijadikan galeri pameran.

Individu yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan buat pemimpin PKM itu ialah Jaafar Ismail, 83, tukang kebun sekolah yang bertanggungjawab menyiapkan keperluan rundingan, termasuk makanan dan minuman Chin Peng.

Membahasakan dirinya sebagai Pak Lang, Jaafar berkata, Chin Peng turut curiga dengan kemudahan yang disediakan di tempat penginapan dan langsung 'tidak menikmati' apa yang diterimanya.

"Saya diarahkan British supaya menyediakan bilik tidur, menyiapkan makanan dan minuman mereka. Sebuah bilik kecil mempunyai dua katil, siap dengan meja kecil untuk meletak makanan.

"Tetapi, sepanjang dua hari (rundingan), mereka langsung tak sentuh makanan. Langsung tak terusik, bila saya masuk selepas rundingan, keadaannya sama seperti asal. Ada yang kata, mereka takut makanan itu diracun," katanya.

Ketika diberi amanat penting itu, Pak Lang yang berasal dari Kampung Seberang Pekan, Baling, menyediakan roti, susu dan minuman yang semuanya diletakkan dalam bekas tin bertutup.

Anak jati Baling ini juga hairan bagaimana pemimpin PKM itu boleh bertahan dua hari tanpa makan dan minum. Terdetik dalam hatinya, jika beginilah keadaannya, rundingan pasti gagal kerana Chin Peng langsung tidak percayakan sesiapa.

Memang benar telahan itu kerana ketika rundingan tiba di penghujungnya pada hari kedua, Chin Peng sekali lagi memperlihatkan keangkuhannya untuk meneruskan ideologi komunis tetapi mahu memastikan kerajaan Tanah Melayu dan Singapura berkuasa penuh mengawal urusan pertahanan negara.

Chin Peng berjanji akan menghentikan peperangan serta merta jika syarat itu dipenuhi, lalu Tunku menjelaskan satu daripada sebab beliau ke England ialah untuk mendapatkan kuasa mengawal sendiri keselamatan dalam negeri.

Namun, Chin Peng menegaskan, meletak senjata bukan maksudnya menyerah senjata kepada kerajaan, keputusan yang kononnya hanya akan diambil mereka sekiranya PKM diakui dan kebebasan mereka tidak lagi disekat.

Sikap angkuh itu ditamatkan dengan kata-kata Chin Peng: "Berdamai ertinya menyerah diri. Menyerah diri ertinya satu penghinaan. Kami tidak akan menyerah diri tetapi akan berjuang sampai ke titisan darah terakhir".

Dengan tegas, Tunku membalas: "Kalau saudara tidak mahu menyerah kalah, kami juga tidak sanggup menerima saudara sekalian menjadi rakyat negeri ini. Kalau keamanan hendak dicapai dalam negeri ini, salah satu pihak daripada kita mesti menyerah.

"Saya tidak sanggup membiarkan Malaya menjadi seperti Korea atau Vietnam. Saya sendiri tidak akan menyerah, sebab itu saudaralah yang mesti menyerah diri," katanya.

Rundingan berakhir begitu saja disebabkan sikap Chin Peng yang angkuh, sedangkan pada pandangan Tunku, tempoh sehari sudah memadai untuk menyelesaikan rundingan.

Namun, Bapa Kemerdekaan ini sanggup memberi ruang dan peluang mendengar penjelasan Chin Peng hingga ke hari kedua, tetapi proses itu tetap juga menemui jalan buntu.

Info: Rundingan Baling

  • September 1955: Tawaran pengampunan beramai-ramai kepada komunis dan 40 juta risalah 'Tawaran Menyerah Diri' serta 12,000 pas pengampunan digugurkan di hutan belantara dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

  • Kandungannya 'kalau kamu menyerah diri, keluar dari hutan, kamu tidak akan dihukum kerana kesalahan yang kamu lakukan berhubung darurat'.

  • Akhir September 1955, Chin Peng memberi jawapan bertulis menyatakan perjuangan komunis berakhir dan meminta gencatan senjata serta rundingan menamatkan perang.

  • Surat itu dihantar dari Kampung Kelian Intan, Keroh, Perak kepada Tunku Abdul Rahman; Ketua Menteri Singapura, David Marshall; Sir Tan Cheng Lock dan pemimpin Parti Perikatan lain.

  • Pertemuan awal: kerajaan diwakili Timbalan Menteri Pelajaran, Too Joon Hing dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu, Ian C Wylie, manakala PKM oleh Chen Tien.

  • Tiga rundingan awal berlangsung di Kampung Kelian Intan (sehingga November).

  • Wylie yang juga bekas Pegawai Pasukan 136 ketika Perang Dunia Kedua cukup kenal Chin Peng dan Chen Tien kerana berkhidmat dalam pasukan sama.

  • Tiga hari selepas Tunku pulang dari Indonesia, Chin Tien membawa surat Chin Peng mengandungi cadangan rundingan.

  • Tempoh 10 hari terakhir Disember, pasukan keselamatan diarah melaksanakan gencatan senjata mengejut meliputi kawasan 400 batu persegi termasuk Baling, Kroh (Pengkalan Hulu), Kelian Intan dan sempadan Thailand.

  • Tiada kata sepakat dicapai selepas PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata.

  • Layari http://myahyasahri.blogspot.com/