Sabtu, 29 Jun 2013
LAPORAN KHAS KES YAHYA SAHRI
LAPORAN KHAS KES YAHYA SAHRI:
DISABITKAN KESALAHAN DI BAWAH DIBAWAH SEKSYEN 420 KANUN ACARA JENAYAH, 2 TAHUN PENJARA DAN 2 SEBATAN
OLEH : KAMARUL BAHRIN BIN ZAHID, KETUA SEKRETARIAT PENYELARAS PASUKAN PEGUAM
PASUKAN PEGUAM :
1.AHMAD NIZAM ABD HAMID,
2. SURESH THANABASI
3.R.TIRUKUMARAN
KRONOLOGI FAKTA KES;
1.Laporan kepada SPRM oleh Mohamad Ezam bin Mohd Noor pada 24 Jun 2008, Kepala surat pejabat Menteri Besar Selangor digunakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk mengutip sumbangan syarikat swasta sempena sambutan 100 hari pentadbirannya Selangor.
2.23 Jun 2008 – Haji Yahya Sahri, Meletak Jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas YAB MB Selangor dan Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor Parti Keadilan Rakyat.
3.2 Nov 2009 – Hj.Yahya Sahri -Hadir di Pejabat SPRM untuk tangkapan dan di Jamin RM 10,000.00
4.3 Nov 2009 – Hj.Yahya Sahri di Dakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen di Hadapan Hakim Syafeera binti Mohd Said , dijamin RM 10,000.00
5.21-25 Jun 2010 – Mula pembicaraan , Hakim Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh, Pendakwaraya Puan Roziza binti Sidek
6.Didakwa oleh Pendakwa Raya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dihadapan Hakim Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh, dengan Pertuduhan;
“Bahawa kamu, pada 4 Jun 2008, antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang , di Gardenia Coffee House, Hotel Quality, Bangunan Perangsang Shah Alam, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor telah menipu Abdul Karim bin Munisar (No Kp 500608-02-5531) dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat, yang kamu sebagai Pengarah Program Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, dan dengan itu, kamu telah curangnya mendorong Abdul Karim Munisar untuk menyerahkan wang yang berjumlah RM 50,000.00 kepada kamu sebagai sumbangan, yanag mana Abdul Karim bin Munisar tidak akan melakukanya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan”
7.Pendakwa telah mengemukakan 28 saksi pendakwaan manakala tertuduh mengemukakan 8 Saksi Pembelaan.
8.Hakim Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh telah membuat keputusan penghakiman pada 20 Mei 2011, Pernyataan penghakiman, “ Akhir sekali setelah mahkamah membuat penilaian maxima ke atas keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pembelaan bersama-sama dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan, maka mahkmah ini mendapati dan memutuskan bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dikenakan kepada tertuduh. Dengan itu pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes mereka ketahap melampaui keraguan munasabah. Oleh demikian OKT dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan dan wang jaminan dipulangkan kepada penjamin.”
9.Petikan Alasan Penghakiman, “ Oleh itu bagi pihak pendakwaan Berjaya didalam kes mereka kesemua intipati diatas perlulah dibuktikan. Di dalam kes ini OKT telah dipanggil untuk membela diri bagi tuduhan dibawah seksyen diatas yang mana ujian yang telah saya gunakan untuk menentukan kes prima facie ke atas OKT adalah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam ke Kes Balachandran V Public Prosecutor (2005) 1 CLJ 85 dimuka surat 100. Selepas meneliti keseluruhan kes pembelaan saya berpuas hati bahawa pihak pembelaan telah Berjaya mengemukakan bukti-bukti secara dokumen dan keterangan saksi-saksi pembelaan untuk mematahkan kes pihak pendakwaan, dengan lain perkataan telah Berjaya menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan. Keraguan yang ditimbulkan adalah amat ketara hinggakan saya sendiri mempersoalkan keputusan saya dalam memanggil OKT untuk membela diri. Keraguan-keraguan yang ditimbulkan adalah seperti berikut;
a.Saksi terpenting bagi kes pihak pendakwaan iaitu PW 14 Dato’ Abdul Karim bin Munisar yang mana merupakan Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sendiri telah mengesahkan bahawa beliau telah memberi sumbangan berjumlah RM 50,000 kepada Parti yang n juga mana tidak dipertikaikan. Seterusnya PW14 Dato’ Abdul Karim bin Munisar juga menegaskan bahawa beliau tidak pada bila-bila masa merasakan bahawa OKT telah menipu beliau semasa atau pada masa material sumbangan tersebut diminta dan juga PW14 Dato Abdul Karim Munisar sendiri mengetahui bahawa wang tersebut adalah bertujuan untuk aktiviti parti semasa parti semasa sambutan parti tersebut.
10.Pendakwa Raya telah memfail Notis Rayuan pada 25 May 2011 kepada Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam.
11.Bicara Kes Rayuan di Hadapan Hakim Mahkamah Tinggi , Dato’ Abdul Alim bin Abdullah pada 18 Jun 2013 dan keputusan penghakiman pada 27 Jun 2013, jam 12.30 tengahari. Dengan menjatuhkan hukuman bersalah dengan hukuman 2 tahun penjara dan 2 kali sebatan.
12.Apa tindakan Yahya Sahri dan Pasukan Peguam, Peguam sedang menyediakan Notis Rayuan Penghakiman Ke Mahkamah Rayuan Putra Jaya. Notis selewat-lewatnya akan difailkan pada 3 Julai 2013.
LIPUTAN AKHBAR YANG LEPAS
Bekas pembantu MB Selangor bebas tuduhan tipu
TERKINI @ 04:53:56 PM 20-05-2011
Oleh Clara Chooi
May 20, 2011
SHAH ALAM, 20 Mei — Pemimpin PKR Mohd Yahya Mat Sahri, bekas pegawai kanan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan menipu oleh Mahkamah Sesyen, hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah gagal membuktikan tuduhan di luar keraguan munasabah bahawa Yahya telah melakukan kesalahan dimaksudkan.
Malah kata beliau, pihak pembela juga telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah berhubung tuduhan ke atasnya.
Ketua cabang PKR Tanjung Karang berusia 44 itu berhadapan dengan tuduhan menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) berhubung Majlis Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat dua tahun lepas.
Pada Disember 2010, mahkamah mengarahkan beliau membela diri kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie.
Mohd Yahya dituduh menipu Presiden KDEB Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi membiayai majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel, Shah Alam pada 4 Jun 2008.
Tertuduh selaku pengarah program acara itu, dituduh mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada beliau sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan boleh juga didenda.
Seramai 36 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan - 28 orang dibawa pendakwa raya termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri, Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali manakala empat di pihak pembela termasuk Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.
Di luar mahkamah kemudian, Mohd Yahya memberitahu pemberita bahawa beliau bersyukur dengan keputusan hari ini dan akan meneruskan kerja-kerjanya selaku ahli politik sepenuh masa.
Bukti: Surat MB S'gor minta derma
Jimadie Shah Othman
Jul 1, 08 11:50am
kemaskini 2:03pm Kepala surat pejabat menteri besar Selangor digunakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk mengutip sumbangan syarikat swasta sempena sambutan 100 hari pentadbirannya, kata Mohamad Ezam Mohd Nor.
Dalam aduannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pagi ini, bekas pemimpin kanan PKR itu mendakwa nombor faksimili yang tertera di surat itu juga menunjukkan ia dihantar dari pejabat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Saya tidak boleh tunjukkan isi sebab saya sudah serahkan pada BPR. Yang saya nak tunjukkan, kepala surat pejabat menteri besar Selangor dan juga ada nombor faks (dihantar) kepada pihak (syarikat) yang diminta sumbangannya.
"Nombor faks tersebut adalah nombor faks pejabat menteri besar Selangor.
"Jelas (PKR) menggunakan pejabat menteri besar Selangor untuk tujuan individu dan parti yang, bagi saya, jelas salah guna kuasa," katanya dalam sebuah sidang media selepas menyerahkan dokumen itu.
Mengulas perkembangan lanjut siasatan isu tersebut yang meledak minggu lepas, Ezam berkata:
"Mereka (BPR) memberitahu sudah memulakan siasatan terhadap kes ini. Dan siasatan masih belum selesai dan dokumen ini mungkin dapat membantu.
"Pada asasnya, mereka bersetuju (tindakan itu) mempunyai unsur salah guna kuasa dalam kes ini. Bagaimanapun, keputusan muktamad dapat diberitahu selepas siasatan selesai."
Ahli Umno itu berkata pembabitan adik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam syarikat besar milik kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) menunjukkan amalan nepotisme dalam pentadbiran Selangor.
"Saya mohon penjelasan. Saya rasa menteri besar sendiri dah buat penjelasan semalam. Memang ada pelantikan dan dia telah letak jawatan.
"Ini salah satu bukti parti dan kelompok yang mahukan reformasi. Salah satu ciri reformasi adalah mengelakkan nepotisme, pilih kasih.
"Tetapi ia berlaku dalam tempoh 100 hari dalam satu syarikat terbesar kerajaan negeri melibatkan adik Anwar sendiri," katanya.
Dokumen itu diserahkan kepada seorang pegawai badan itu, Jaafar Mahat pada 10:45 pagi di pejabat BPR Selangor di Shah Alam.
Mengulas dakwaan dan siasatan kes liwat bekas ketuanya itu, Mohamad Ezam berkata "hanya penuduh, tertuduh dan Allah sahaja yang mengetahuinya."
Bagaimanapun beliau tidak bersetuju tindakan mengaibkan seseorang dalam kes seumpama ini, tambahnya.
Bukti wang S'gor masuk akaun PKR
Fathi Aris Omar & Muda Mohd Noor
Jun 26, 08 7:23pm
Mohd Yahya Mat Sahri, yang meletakkan jawatannya itu Isnin lepas, dikatakan membuat pendedahan itu dalam mesyuarat perhubungan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
"Beliau (Yahya) juga mengakui membawa wakil PAS dalam mesyuarat (tentang akaun tersebut)," kata seorang, daripada beberapa pemimpin parti yang turut hadir, kepada Malaysiakini.
Wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor, kata sumber-sumber, "dipindahkan kepada akaun PKR negeri kerana Pakatan belum mempunyai akaun tersendiri."
Akaun itu dipercayai wujud sejak kempen pilihanraya umum Mac lalu sebelum parti itu, bersama DAP dan PAS, berjaya merampas Selangor daripada BN.
Cara PKR mengendalikan wang derma itu dilaporkan dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin PAS, khususnya exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang mengetuai jawatankuasa sambutan tersebut.
Menurut menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang mengakui wujud pemindahan wang tersebut Isnin lalu, jawatankuasa sambutan itu turut disertai oleh Yahya dan beberapa pegawai kerajaan negeri.
Abdul Khalid, yang juga ketua perhubungan PKR negeri, turut hadir bersama Yahya, yang telah melepaskan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan negeri Isnin lalu.
Dalam mesyuarat semalam, Anwar meminta semua pihak akur pada keputusan menteri besar menggantung tugas Yahya selama dua bulan mulai Isnin.
Beliau juga dikatakan menegur Yahya yang membangkitkan masalah dalaman kerajaan dan isu parti kepada pihak media – bagaimanapun tidak jelas isu sebenarnya yang dibangkitkan.
Ketua umum PKR juga dikatakan meminta semua pemimpin parti agar tidak mengetengahkan masalah yang membabitkan parti kepada pihak media.
"Bagaimanapun, secara keseluruhannya mesyuarat malam tadi berjalan dengan baik dan dalam suasana ceria," kata sumber-sumber itu.
Menurut mereka lagi, Yahya telah memohon maaf kepada semua yang hadir berhubung tindakannya mendedahkan isu-isu itu kepada media.
Anwar juga dikatakan meminta menteri besar menggantikan pegawai-pegawai tinggi era pentadbiran BN yang masih mengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.
Sumber-sumber itu berkata, penggantian itu tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa bagi mengelak rasa kurang senang rakyat Selangor.
Mesyuarat selama dua jam itu bermula selepas jam 9 malam di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.
Turut hadir di mesyuarat itu, wakil-wakil rakyat PKR negeri, ketua-ketua bahagian dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dari negeri itu.
Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini dilaporkan sedang menyiasat dakwaan pemindahan wang kerajaan itu ke akaun PKR.
Akhbar-akhbar hari ini melaporkan Abdul Khalid berkata penggantungan Yahya akibat isu kutipan wang sempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Khamis, 6 Jun 2013
Khamis, 23 Mei 2013
Thought, Health & Fitness: GST GOVERNMENT SERVICE TAX & GOOD AND SERVICE TAX
Thought, Health & Fitness: GST GOVERNMENT SERVICE TAX & GOOD AND SERVICE TAX: MALAYSIA GST - GOVERNMENT SERVICE TAX & GOOD AND SERVICE TAX Cukai Perkhidmatan Kerajaan & Cukai Barang dan Perkhidmatan Sek...
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Rabu, 22 Mei 2013
GST: Rakyat miskin pun kena bayar cukai - Dr Rosli Yaakop
GST: Rakyat miskin pun kena bayar cukai
Dr Rosli Yaakop,
22 Mei 2013
Kumpulan Kewangan Antarabangsa (IMF) mahu semua negara di dunia melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP - Goods and Services Tax) dengan alasan supaya sistem pencukaian menjadi seragam di seluruh dunia “to create a more level playing field amongst trading nations.” IMF mendakwa bahawa sistem cukai langsung yang masih diamalkan oleh banyak negara sedang membangun telah digunakan untuk “menyorokkan” dasar perlindungan perdagangan yang mereka amalkan. Ia memberi contoh cukai yang tinggi dikenakan oleh sesetengah negara sedang membangun ke atas otomobil import telah menghalang pertandingan sihat di dalam industri otomobil dunia dan memaksa penduduk sesebuah negara sedang membangun menggunakan kereta keluaran dalam negara sendiri yang bermutu rendah berbanding kereta import dari negara maju. IMF berpendirian bahawa CBP pro-perdagangan bebas dan setiap negara – miskin atau kaya - hendaklah melaksanakannya. Penulis menghidu maksud tersirat dari dasar ini tidak lain ialah untuk mengekalkan penguasaan blok Barat ke atas ekonomi dunia.
IMF sudah menggesa Malaysia supaya segera melaksanakan CBP dan kerajaan sudah bersedia untuk tunduk kepada gesaan itu seawal tahun 2005 lagi.
Ketika membentang Belanjawan 2005, Menteri Kewangan mengumumkan CBP bakal dilaksanakan di Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2007, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, berikutan penentangan kuat rakyat, maka pada 22 Februari 2006, kerajaan mengumumkan penangguhan.
Selepas lebih tiga tahun dibekukan, kerajaan menghidupkan semula rancangan untuk melaksanakan CBP bila mana pada Disember 2009, Bil CBP dibentangkan untuk pembacaan kali pertama di parlimen diikuti pembacaan kali kedua pada April 2010. Namun, sehingga sekarang ia belum dilaksanakan, mungkin kerana kerajaan kurang yakin pelaksanaannya akan diterima baik oleh rakyat.
Sejak akhir-akhir ini, selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke tiga belas yang berlangsung pada 5 Mei 2013, sudah ada bayangan bahawa CBP bakal dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini kerana dengan berbekalkan 133 kerusi parlimen yang dimenangi, kerajaan merasa cukup yakin bahawa ia sudah mendapat sokongan rakyat terbanyak untuk melaksanakannya. Sebelum PRU13, kerajaan ini tidak berani untuk melaksanakan CBP kerana penentangan kuat rakyat boleh diterjemahkan kepada kekalahan pilihan raya.
Seperti yang bayangkan oleh Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdan Menteri (lihat Business Times, 18 Mei 2013 – “GST can generate RM27b in revenue”), kadar CBP bakal ditetapkan pada 7 peratus, iaitu, 3 poin peratusan lebih tinggi dari kadar yang pernah disebut sebelum ini. Pada kadar 7 peratus, dianggarkan Malaysia akan menjana hasil tambahan sebanyak RM27 bilion. Pernah disebut oleh Perdana Menteri bahawa hasil yang dijana dari pelaksanaan CBP akan digunakan untuk menaikkan gaji kakitangan awam dan membina infrastruktur.
Di bawah sistem CBP semua rakyat - ada pendapatan mahupun tiada pendapatan - kena membayar cukai, tiada kecuali, kerana tiada siapa pun di dalam sesebuah ekonomi yang tidak menggunakan barangan dan perkhidmatan. Orang termiskin di dalam ekonomi membayar cukai ke atas barangan yang mereka gunakan sama seperti orang yang terkaya kerana tiada siapa pun yang terlepas dari menggunakan sesuatu di dalam sesebuah ekonomi.
Dalam sistem pencukaian yang diamalkan sekarang, hanya individu yang pendapatannya melebihi “threshold income” yang ditentukan yang membayar cukai. Atas asas ini dikatakan hanya 1.5 rakyat Malaysia yang membayar cukai kerana berpendapatan melebihi “threshold income” yang ditentukan. Di bawah CBP, tiada “threshold income” bermakna, 29 juta rakyat Malaysia kena menanggung beban cukai. Lagipun, cukai korporat dan cukai pendapatan individu akan di kurangkan bermakna beban golongan yang membayar cukai selama ini akan menjadi ringan. Beban itu dipindahkan kepada rakyat Malaysia yang selama ini tidak pernah membayar cukai.
Golongan yang tidak membayar cukai sekarang akan membayar cukai bila CBP dilaksanakan. Kira-kira 32 peratus dari jumlah isi rumah (household) di Malaysia berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan yang tidak membayar cukai pendapatan. Mereka ini akan menjadi pembayar cukai apabila CBP dilaksanakan. Mereka membayar cukai atas barang yang tiada dalam senarai barang dikecualikan di bawah CBP seperti pakaian, permainan kanak-kanak, makanan yang diproses, makanan dalam tin dan sebagainya yang mereka gunakkan. Ini bermakna, golongan berpendapatan rendah dan golongan yang “economically vulnerable” dalam masyarakat terpaksa menanggung beban cukai.
Ahli ekonomi dan pencukaian mengakui bahawa CBP adalah satu sistem pencukaian yang “regressive” yang bermakna ia tidak adil. Semakin rendah pendapatan seseorang maka semakin besarlah bahagian pendapatannya yang pergi kepada membayar cukai. Atau kebalikannya: semakin tinggi pendapatan seseorang maka semakin kecillah bahagian daripada pendapatannya yang pergi kepada membayar cukai. Jelas, CBP membebankan golongan berpendapatan rendah dan miskin dalam masyarakat. Hal ini bertentangan dengan ciri sistem pencukaian yang adil, iaitu, sesuatu sistem cukai yang hendak dilaksanakan perlu memiliki sifat “progressive.”
IMF mengakui sifat regresif pada CBP ini dan mencadangkan supaya diwujudkan senarai barangan dan perkhidmatan bagi menangani kelemahan ini. Secara amnya, barang makanan asas dan keperluan-keperluan asasi dikeluarkan daripada senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai di bawah CBP. Ini masih tidak memadai untuk mengurangkan sifat regresif itu kerana di bawah CBP, orang kaya dan orang miskin membayar cukai yang sama kadarnya. Seorang peminta sedekah apabila membeli sebotol minuman ringan membayar cukai yang sama seperti yang dibayar oleh seorang taukeh judi yang kaya raya apabila membeli sebotol minuman ringan yang sama.
Di bawah CBP, semua orang membayar cukai pada kadar yang sama, tidak kira kaya atau miskin, walhal sistem pencukaian yang adil menghendakki orang kaya dan orang yang mampu membayar cukai (berpendapatan melebihi “threshold income” yang ditentukan) dikenakan cukai supaya hasil cukai dapat dijadikan alat fiskal yang berkesan untuk mencapai agihan pendapatan dan kekayaan negara yang lebih merata, adil dan saksama. Sistem cukai yang progresif juga menjamain bahawa semakin tinggi pendapatan seseorang, maka semakin tinggilah beban cukai yang ditanggungnya. Oleh itu, CBP yang bersifat regresif ini hanya akan membebankan rakyat terbanyak dan melebarkan lagi jurang pendapatan di antara golongan kaya dan miskin.
Memang diakui oleh ahli ekonomi dan pakar pencukaian bahawa CBP adalah “inflationary.” CBP ialah “consumption tax” dikenakan ke atas kesemua (kecuali barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan) barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan di dalam negera mahupun yang diimport. Juga, ia adalah “multi-tier stages of tax“ dikenakan ke atas setiap peringkat pengeluaran sesuatu produk daripada bahan mentah sehinggalah ke produk siap (finished products). Walau wujud “credit offset mechanism” di bawah CBP, namun, pada perkiraan mutakhirnya, penggunalah yang menanggung beban cukai. Misalnya, apabila cukai 7 peratus dikenakan ke atas perkhidmatan pengangkutan, kos pengangkutan akan naik dan ini akan membawa kenaikan kepada harga seluruh barangan dan perkhidmatan di dalam ekonomi termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai. Akhir, rakyat terbanyak akan menanggung beban kembar “kena bayar cukai dan kena tanggung inflasi.” Lagi sekali, beban ini mengena lebih teruk kepada golongan miskin berbanding golongan kaya.
Memang, dari sudut hasil kerajaan, CPB ada kebaikannya, misalnya, ia mengurangkan kebergantungan besar ke atas cukai langsung dan cukai petroleum, menjamin sumber hasil yang lebih stabil bagi kerajaan berbanding cukai pendapatan dan oleh kerana CBP berasaskan kepada penggunaan, hasil kurang terjejas oleh kemelesetan ekonomi kerana apabila ekonomi meleset, penggunaan biasanya mampu bertahan.
Benar, tetapi di bawah kerajaan yang korup, manfaat ini tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat terbanyak. Apakah gunanya hasil yang tinggi jika sebatang screw driver yang harganya RM25 dibeli melalui tender pada harga RM200? Apakah manfaatnya kepada rakyat apabila membeli kapal selam pada harga berkali-kali ganda lebih mahal kerena menteri mahukan komisyen? Apakah gunanya membina stadium yang mahal tetapi runtuh atapnya? Perkara yang meruncing di dalam ekonomi Malaysia sekarang ia menghasilkan pulangan maksimum ke atas setiap ringgit wang rakyat yang dibelanjakan, bukan memaksa rakyat yang tidak mampu membayar cukai untuk membayar cukai. Sesungguhnya, CBP adalah cukai yang menzalimi rakyat berpendapatan rendah dan miskin. Yang beruntung besar adalah orang kaya dan syarikat multinasional kerana cukai korporat dan cukai pendapatan direndahkan.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
BR1M RM1,200 setahun, GST dapat balik RM5,000- Lim Guan Eng
BR1M RM1,200 setahun, GST dapat balik RM5,000
Harakahdaily,
22 Mei 2013
KUALA LUMPUR: BN boleh memberikan RM1,200 untuk BR1M setahun kerana mendapat balik daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang akan membebankan setiap keluarga RM5,000 setahun.
Demikian dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST sebanyak 7% membongkarkan satu penipuan besar BN kepada rakyat.
“Cukai GST 7% ini akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Menurutnya, dengan kos tambahan ke atas rakyat Malaysia sebanyak RM27 bilion setahun, maka setiap rakyat Malaysia tanpa mengira dewasa atau kanak-kanak akan dibebankan sebanyak RM1,000 seorang setiap tahun.
Dengan kata lain, jelasnya sebuah keluarga 5 orang terpaksa membayar RM5,000 setahun.
Itulah, kata beliau sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu yakin dapat membayar BR1M sebanyak RM1,200 setahun kepada setiap keluarga kerana telah mendapat balik RM5,000 setahun daripada mereka menerusi cukai GST.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menambah, sememangnya BN akan untung banyak sedangkan rakyat Malaysia, khususnya yang berpendapatan rendah, akan rugi besar.
Justeru, beliau menegaskan, Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan ini atau consumption tax kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mapan.
“Macam mana boleh hidup lebih bermaruah bila hanya 60 peratus dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan?” katanya.
Katanya, menurut Laporan Tahunan Bank Negara 2012, Malaysia merupakan negara yang banyak berhutang dengan hutang peribadi setiap keluarga adalah RM 755 billion or 81% GDP (gross domestic product).
Menurut Lim lagi, pertumbuhan hutang keluarga adalah 11%, yang lebih tinggi daripada pertumbuhan GDP sebanyak 7.8%.
“Kita tidak boleh persalahkan rakyat berhutang bila kerajaan Malaysia berhutang sampai RM502 bilion pada akhir 2012, hamper 55% GDP,” katanya.
Lagipun, ujarnya keluarga Malaysia membayar 50% daripada pendapatan untuk membayar balik hutang.
“Dengan kata lain selepas membayar hutang, mana cukup untuk perbelanjaan makanan, pengangkutan, pendidikan dan keperluan asas lain?” kata beliau.
Sehubungan itu, tetgasnya PR akan melawan cadangan cukai GST 7% di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan minoriti dengan undi popular 47% sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ke atas majoriti rakyat.
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Selasa, 21 Mei 2013
Pendedahan Ustaz Ramlang Porigi (Saksi Sumpah Laknat Saiful)
Layari http://myahyasahri.blogspot.com/
Selasa, 14 Mei 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
