Rabu, 29 Julai 2009

POLIS MESTI BUAT REFORMASI

1.Kerajaan patut membuat reformasi secara meyeluruh terhadap kepolisan Malaysia, apa tugas dan tanggungjawab Polis? bukankah sepatutnya mencegah daripada sesuatu jenayah berlaku apakah ini terjadi dan berlaku sekarang.Musa Hassan mesti ambil sikap bertanggungjawab untuk tidak menerima lanjutan jawatan.
2.Cerita TG Nik Aziz nak kerjasama dengan UMNO jadi bahan cerita media..apa ni media tak ada kerja lain ke..TG Nik Aziz cakap kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan bukan parti..hai entah le..pimpinan UMNO dah gelabah sangat pasal apa..jalan yang mudah tinggalkan UMNO masuk PR.
3.Hari ni mesyuarat untuk laksanakan program GAMAT. Ini program khusus untuk anak muda.
4.Persiapan akhir untuk majlis santapan diraja DPIM dilaksanakan, hari ni buat semakan akhir untuk buku program.

Isnin, 27 Julai 2009

MEMENUHI JEMPUTAN PROGRAM : PERTANDINGAN BADMINTON & SUKANEKA






AMK Sg Gulang-Gulang berjaya menganjurkan pertandingan badminton.
Wanita Cabang berjaya mengendalikan pertandingan sukaneka anak-anak dan wanita.

Ahad, 26 Julai 2009

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU KE 7 - MUHAMAD HAIQAL MOHD YAHYA


1.Semalam Sabtu sepenuh hari di Kg Seri Tiram Jaya kampung halamanku, mengatur program pelancaran SiManja Tawas. Alhamdullilah semua berjalan dengan baik dan lancar, kehadiran penuh sesak, kaunter pendaftaran padat dengan pengunjung.
2.Malam ke Stadium Shah Alam tengok bola Selangor lawan Pahang - 5-1, seronok tengok pemain dan penonton meraikan kejayaan johan Liga Super.
3.Sedih dengan kematian Pengarah Yasmin Ahmad, aku tabik dengan daya pemikiran orang macam Yasmin Ahmad berani dan kreatif. Aku suka orang sebegini membuat sesesuatu serta melaksanakan sesuatu bukan komen dan mengatakan sesuatu.
4.Hari ini 26 Julai 2009 Selamat Hari Lahir anak ku Muhamad Haiqal Mohd Yahya ke 7.

Khamis, 23 Julai 2009

SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUH SIASAT SPRM

1.Hari ini Najib umum penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk siasat prosedur SPRM.
2.Selepas dapat keputusan daripada siasatan agaknya apa boleh buat. Sudah berapa banyak Suruhanjaya Diraja dibuat tapi akhirnya tiada apa boleh buat.

Rabu, 22 Julai 2009

NOH PATUT KENA HUKUM SULA...DERHAKA SULTAN & RAJA

1. Tahniah buat Pasukan Bolasepak Selangor, juara liga super buat kali pertama sejak diperkenalkan. Rekod terbaik Selangor Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Liga dan mendatang Piala Malaysia. Buat Sdr Zack bravo...buat Amri caya lu..buat Devan pehhh...
2.Mahkamah buat kerja gila lagi, apa punya agenda dan bagaimana agaknya kalau pihak yang dituduh tidak boleh mendapatkan apakah dokumen yang jadi bahan bukti dimahkamah..nampaknya kali ini wayang dan drama lebih berat...
3.Polis dah mula mengila jugak..sapa pun kat SPRM tak disoal siasat..tiba-tiba orang yang kenal dengan Teoh nak kena soal siasat...pastu ada pulak kononnya dua pakar analisa jenayah buat komen mungkin Teoh bunuh diri pasal takut...apa ke kerja gila..
4.Noh lagi gila..bodoh ..lagi bangang..apa punya Menteri la yang Najib lantik..kata pandai Undang-undang..sepatutnya sebagai Menteri mendidik rakyat patuh dan hormat pada undang-undang dan perlembagaan negara..faham ke si Noh pasal demokrasi..suara rakyat..kuasa rakyat..aku rasa si Noh ni kena aku bacakan Rukun Negara i)Kepercayaan Pada Tuhan ii) Kesetiaan Kepada Raja dan Negera iii) Keluhuran Perlembagaan iv) Kedaulatan Undang-undang v)Kesopanan dan Kesusilaan. Kalau dia tak hormat pada kerajaan negeri maknanya dia derhaka pada DYMM Sultan dan tak hormat perlembagaan.

Isnin, 20 Julai 2009

TAKZIAH BERITA MATI, BERSEDIA MASUK GELANGGANG

Bulai Julai ini punya banyak berita sedih dan sayu. Di awal bulan pemergian kekanda Yusof. Minggu ini sahaja 3 kematian, satu kematian yang begitu mengharukan pentadbiran negara. Takziah pada sahabatku Sdr Amkah setiausaha Cabang Kapar di atas kehilangan Bonda tersayang semalam 19 Julai, hari ini Ayahanda Sdr Aman Shah Ketua Penerangan Cabang Ampang suami kepada Ketua Wanita Ampang Kak Dayang Juita telah selamat disemadikan di Tanah perkuburan Taman Kosas Ampang. Hari ini juga upacara pengkebumian mendiang Teo Beng Hock yang mati secara misteri di buat ditanah taman Nirvada Semenyih.Kematian Teo mengemparkan negara kerana ia mati ketika masih dalam soalsiasat SPRM. Aku punya penuh keyakinan pegawai SPRM terlibat...jangan nak tipu..

Semalam 19 Julai 2009 hari Ahad dah lama tak bergaul mesra dengan teman-teman jiran setaman..semalam sempat gotong royong...bersih kawasan.. cuci longkang..potong pokok..seronok semua..aku rasa dah 10 tahun lalu program gotong royong kat taman aku tmn samudra tak dibuat..Alhamdullilah semua berjalan dengan baik..sambutan menggalakan..

Jumaat, 17 Julai 2009

PADA SAYA TAK MUNGKIN TEO BUNUH DIRI

SHAH ALAM: Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini semalam sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya hari ini.

Anggota Exco, Ean Yong Hian Wah yang menyatakan rasa terkejut dan kesal dengan kejadian itu berkata Teoh sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok (hari ini) dan tiada sebab mengapa beliau harus mengambil tindakan yang boleh menyebabkan nyawanya melayang.

"Oleh itu saya mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) memberikan penjelasan yang adil kepada semua pihak terutama anggota keluarga, parti DAP, kerajaan negeri serta rakyat Selangor bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

"SPRM harus memberi penjelasan kerana sebelum kejadian itu berlaku Teoh berada di bawah kawalan mereka," kata Yong kepada pemberita di tempat kejadian.

Teoh merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri barubaru ini. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull dalam sidang media di tempat kejadian semalam berkata Teoh datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang semalam untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini.

Beliau berkata sebelum pulang Teoh berjanji akan datang semula ke pejabat SPRM Selangor untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

"Beliau (Teoh) bagaimanapun berkata beliau ingin berehat dulu di bilik tetamu pejabat SPRM dan SPRM membenarkannya. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihat beliau lagi.

Mayat Teoh, 30an ditemui dalam keadaan terlangkup pada kira-kira 1.30 tengahhari.

Sehingga pukul 9 malam mayatnya masih belum dikeluarkan dari tingkat lima bangunan itu dan pihak polis juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Beberapa anggota keluarga Teoh telah datang ke tempat kejadian namun enggan memberikan sebarang ulasan kepada pemberita. Turut berada di tempat kejadian ialah beberapa orang anggota exco dari DAP. BERNAMA

Catitan Analisa Sdr Arijan;
Analisa saya tentang kes ini (Berdasarkan pengalaman beberapa kali ke SPRM disoalsiasat, jadi saksi dan diambil keterangan ) MUNGKIN
1) Seluar Mangsa koyak dibahagian punggung, bermaksa mangga bergesel pada dinding atau lantai bangunan. kita ambil dinding bercermin, ini bermakna mangsa tidak melompat atau terjun tetapi cuma mengelunsur keluar dari tingkap. Jika mangsa terjun sudut jatuhan akan lebih besar dan tidak akan bergesel dengan dinding bangunan.
2)Tangan dan jari mangsa cedera, sudah tentu mangsa cuba berpaut tetapi gagal, dinding adan cermin dan selang seli simen. Jika mangsa ingin terjun kebawah kenapa mesti masih cuba hendak berpaut. Kalau bunuh diri dia terjun samada kepala dulu sampai atau kaki sampai dulu.
3) Mangsa ingin berkahwin, dia datang sendiri menaiki kereta ke pejabat SPRM kalau dia rasa bersalah atau takut dia tak akan datang, dia boleh ambil keputusan untuk lari, tiada sebab dia hendak bunuh diri.
4) Kejadian waktu pagi semasa orang langsung tiada disitu.
Senario I : Mangsa mungkin diletakkan ditepi tingkap dengan hanya mengangkutkan seluarnya di"klip" kunci tingkap yang dibuka dengan menolak, semasa soal siasat pegawai penyiasat menggunakan kaedah itu untuk mendapat jawapan. (sesi ke 3 dari 4 sesi), mungkin setelah bersoal jawap dalam keadaan itu ada orang yang memberi tekanan tambahan menyebabkan seluarnya koyak dan tidak mampu menahan lalu jatuh.
2) Ini boleh dibuktikan, adakah "mangsa" bersama "handphone" nya?. Jika ya, mangsa sudah dibebaskan ketika itu. Tetapi jika tidak mangsa masih dalam tahanan. Kerana dalam sesi soalsiasat, handphone akan dirampas.
3) Bagaimana mangsa boleh keluar dari bilik soalsiasat (tepi dinding semua bilik)?.
4) Kenapa mangsa tidak terus balik sedangkan soalsiasat habis 3.45pagi, dan kenapa sampai pagi?. Kereta mangsa ada dibawah. Jika BN/POLIS/SPRM jawab dia bunuh diri, ada 1000 soalan lagi akan timbul. Jika mereka jawab dia dibunuh dengan menolak mangsa maka jawapan saja, soalan tidak timbul lagi.

Rabu, 1 Julai 2009

NOTA CATITAN: KEKANDA HJ MOHD YUSOF KEMBALI KERAHMATULLAH...

Ahad 28 Jun 2009 bersamaan 5 Rejab 1430 jam 2.30 petang waktu tu baru rehat daripada Mesyuarat MPP makan tengahari kat restoran Hot Media. Habis makan dapat panggilan telefon daripada anak sedara aku Cikgu Mad kata 'Paman Abah dah tak ada Paman baru sekejap....' apa..Innalilahiwainaillaihirojiun... terus aku tanya kat mana..' abah pengsan kat ladang..dan terus..' Allhuakhbar...ok mad..paman beritahu semua.. beberapa detik kemudian abang aku Yakob telefon...tanya dah dapat berita ke..aku kata baru dapat...aku terus telefon..Isteri ke..dan semua abang juga sedara mara yang lain...
Tahun ni usianya baru cecah 60 tahun...orangnya begitu tabah, cekal aku banyak berterima kasih kerana pengorbanannya sebagai abang yang tua sanggup tidak menerima pelbagai kemudahan serta kesenangan.Aku tahu abang Yusof orangnya bijak kalaulah ketika zamannya itu dia bersekolah aku cukup pasti dia akan lulus ijazah dan menjadi pegawai besar dalam kerajaan ketika itu. Namun kesempitan hidup dan masa tak menyebelahinya abang Yusof namun kehidupan diharungi dengan menjadi peneroka tanah rancangan felda Sg Tekam Utara Jerantut Pahang, antara tanah rancangan felda yang awal di Malaysia. Ketokohan Almarhum memang terserlah di Sg Tekam dengan menjawat pelbagai jawatan kampung seperti setiausaha masjid, Pengerusi Surau, Ketua Cawangan UMNO, JK Kampung dan menjalankan bisnes sebagai kontraktor pengurusan ladang. Aku cukup bangga dengan kebolehan Abangku Yusof... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ..muga kau ampunkan segala dosanya samada yang kecil mahupun yang besar...kau terimalah segala ibadat dan amal baiknya..kau bentang luaskan lah alam kuburnya..berilah haruman syurga..di kubornya...kau berikanlah..catitan amalnya dengan tangan kanan..kau lintaskannya ditititian siratulmustakim sepantas kilat....tempatkanlah..ia di dalam Syurga Firdaus...