Ahad, 24 Mei 2009

DEMI MASA...

"Demi Masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beramal soleh dan yang berpesan dengan kebenaran dan yang berpesan dengan kesabaran" petikan surah Al Ash ini dihuraikan oleh YB Tuan Guru Dato' Seri Abd Hadi Awang dalam kuliah maghrib di Masjid Kg Kuala Mengkuang.

CATATAN DARI PENANTI ....

Penanti yang menanti, Penanti yang ternanti-nanti ...akhirnya Penanti dan Permatang Pauh menjadi medan membetulkan politik negara khususnya dan keadilan amnya. Kemasukan DSAI dalam parlimen melalui PRK Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008 mengubah landskap pemikiran politik Malaysia. Gelombang 16 september tercipta selepas PRK Permatang Pauh.
Krisis politik Pulau Pinang yang berlarutan semenjak Mac 2008 akhirnya menemui jalan penyelesaian dengan pengunduran Sdr Fairuz.
Parti Keadilan Rakyat memilih Dr Mansor Othman sebagai calon bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam satu proses menjadikan rakyat sebagai hakim dalam mana-mana situasi khusunya bila berlaku ketidaktentuan dalam politik. Politik dan pemilihan pimpinan negeri dan negara merupakan ada mutlak rakyat. Satu keluarga ketuanya adalah otomatik iaitu Bapanya..dalam sistem monarki anak kepada Raja atau Sultan biasanya mewarisi Tahta..kecuali Perak dan negeri Sembilan. Satu perniagaan ketuanya dipilih melalui siapa yang memegang mojoriti saham. Satu pejabat kerajaan ketuanya dilantik melalui sistem tertentu..manakala dalam politik proses dalam sistem demokrasi adalah membenarkan pilihanraya dibuat bagi memberi peluang kepada rakyat memilih seorang yang dikira mendapat kepercayaan majoriti masyarakat dipilih menjadi wakil kepada rakyat.
Wakil Rakyat Penanti dalam PRU 12 telah meletakan Sdr Fairuz sebagai wakil masyarakat Penanti namun begitu banyak harapan rakyat setempat tidak ditunaikan oleh Sdr Fairus dalam erti kata lain Sdr Fairuz gagal bertindak sebagai wakil rakyat oleh kerana itu rakyat berhak memilih wakil mereka yang baru.
Semalam 23 Mei 2009 proses penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Penanti dengan akhirnya meyaksikan Dr Mansor Othman akan ditentang oleh 3 calon Bebas.

Ahad, 17 Mei 2009

Minggu kedua bulan Mei 2009 yang pelbagai...

Kalau dilihat daripada sejarah tarikh tarikh yang ada pada minggu bulan mei ini sangat mencabar dan menarik ada 13 Mei tarikh yang jadi kenangan hitam. Ada yang menarik hari belia dan hari guru.

Isnin 11 Mei ada orang kata hari Isnin ni 'black monday' utamanya pada orang yang malas kerja. Tapi sebenarnya tiada hari yang tak elok semua hari bagus cuma Isnin ni agak istimewa sikit kerana hari ni sekali lagi mengadap SPRM sambung kenyataan pasal sambuatan hari raya kat kelab Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru. Kali Shahrir orang Sabak Bernam yang ambil kenyataan, kali ni dia tunjuk gambar serta beberapa surat yang keluar daripada pejabat MB yang ditandatangani oleh YB Nik, isunya pasal backdrop program sambutan hari raya Anwar Ibrahim aku bagi kenyataan bahawa kat situ ada banyak banner tapi kenapa cuma banner yang tulis nama Anwar yang ditunjukan, sedangkan ada banyak banner lagi.
Lepas daripada SPRM pegi makan kat SACMALL makan dengan Suhaimi dan Irwan bincang pasal PRK Penanti. Lepas tu pegi Hotel Blue Wave untuk turut serta bagi program FESTIS anjuran ICT Selangor, orang tak ada meja banyak, camna dia orang atur program.

Selasa 12 Mei Romli ajak gi majlis pelancaran Produk Ayamas kat Maju Junction Mall agak menarik , Tan Sri Ali lancarkan majlis. Produk ayamas akan dijual di banyak Supermarket juga mini market dan juga akan boleh dijual dirumah-rumah , kerana produk 'sudut ayamas' akan menempatkan semua produk yang dikeluarkan oleh Ayamas. Dapat makan pizza Tan Sri Ali dan Hj Jamal juga Hj Ahmad gembira dengan penghasil produk, beberapa ketika dapat sembang dengan Tan Sri juga Hj Jamal.

Rabu 13 Mei agak padat hari ni awal-awal sampai opis telah dikunjungi oleh beberapa klien serta teman-teman yang inginkan panduan serta nasihat mengenai pelbagai perkara termasuklah berkenaan pasir, angkat sampah, pengurusan parti, latihan parti serta pelbagai aduan.

Khamis 14 Mei bersama beberapa teman DPIM membuat kunjungan ke MPOB untuk taklimat mengenai produk Cheese. Dr Miskandar mula-mula bawak melawat ke galeri MPOB kemudian ke kilang yang mengeluarkan cheese. Nampak agak menarik juga punya potensi untuk dagangan.

Jumaat 15 Mei program taklimat dan dialog dengan JKKK DUN Sementa, rasanya kalu cara kerja serta corak pemikiran JKKK yang ada masih berada ditahap yang ada sekarang maka agak sukar untuk kerajaan negeri menerapkan semua agenda kerajaan hingga keakar umbi. Saya nyatakan bahawa JKKK kena bergerak dalam pasukan, atur program dengan baik. Ada banyak perkhidmatan yang tidak memerlukan wang seperti ziarah pesakit, ziarah kematian, buat program kesihatan dan pelbagai lagi. Namun masih banyak lagi yang berfikir dalam ruang lingkup yang kecil.
Malam program Pidato Umum di Kg Sg Terap, Tg Karang buat kat dewan orangramai. Ceramah bersama YB Hj Ahmad Kassim Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr Hj Rani Osman Adun Meru, Pak Kudus dan Ustaz Johdi. Kehadiran amat menggalakan.

Sabtu 16 Mei Selamat Hari Guru, pagi ini mesyuarat berkenaan cadangan program Pilihanraya Penanti.

Ahad 17 Mei Makan Tengahari bersama Isteri dan Anak-anak lepas tu antar Amirah Sariyati balik ke Asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor.

Rabu, 13 Mei 2009

PERAK YANG MEMANG TRAGIS....

Sembang punya sembang mengenangkan apalah nak jadi politik Malaysia, Perak yang berantakan, Terengganu yang celaru, Perlis yang goyah, N.Sembilan yang muram, Selangor yang asyik gertak mengertak dan yang utamanya Perdana Menteri yang langsung tidak popular tidak dihormati entahlah. Mana ada PM baru saja angkat sumpah masalah berterusan, mana nak letak muka, masuk Pilihanraya Kecil kalah, negeri yang UMNO perintahpun berantakan tak hormat langsung PM entahle..

Perak ini kalu yang tersempat baca dalam buku sejarah, tengok le kisah Sipitung bunuh JWW Birch...mula era campur tangan British di Malaya. Kumpulan Ulama Gunung Semangol membuat gerakan melawan British. Perak ada Kolej Melayu Kuala Kangsar banyak tokoh yang berjasa pada Negara juga yang banyak mencelarukan Negara. Perak ada Maktab Perguruan Sultan Idris di Tg Malim tempat banyak pendidik Melayu dilahirkan. Madrasah Idrisiah Bukit Candan tempat kelahiran cendiakawan Agama dilahirkan.
Sejarah Perak baru berlaku tahun 2009, Mac 2008 kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Perak, belum sempat 1 tahun berlaku kisah lompat-lompat, akhirnya demokrasi dicabuli Febuari 2009 mencipta sejarah baru..ada MB baru angkat sumpah jadi MB sedangkan MB sediada masih wujud..maka kecelaruan dan ketidak tentuan berlaku. Pada 12 Mei Mahkamah Tinggi Jalan Duta putus pulak MB Nizar masih sah..lepas tu 13 Mei Zambry buat rayuan kat mahkamah rayuan mintak tangguh keputusan mahkamah tinggi..maka MB Zambry yang haram jadah jadi pulak MB..entah le labu...agaknya orang Perak ni yang memang suka main KEJO..KEJO..KEJO YEOP..KEJO..KOMA...KEJO YEOP..KOMA..taka akan ada nokhtah kerana asyik ..asyik koma..cubalah sesekali sebut titik atau nokhtah..kalu asyik koma bila nak habis yeop..

KEMELUT YANG KALUT

13 Mei 2009, kata orang tarikh ini 40 tahun lalu merupakan tarikh yang malang dan parah bagi rakyat Malaysia.Suasana tidak ketentuan pertembungan dan pertarungan angkara ketidakpuasan hati serta keresahan serta sikap yang melampau menjadikan pergaduhan berlaku, kata berita dan buku-buku banyak nyawa melayang. Saya cuba memahami melalui pembacaan juga sembang-sembang dengan pemimpin negara, orang tua juga masyarakat bawahan. Semejak tarikh ini ia menjadi nyanyian serta ugutan daripada sang penguasa yang lapar dengan kuasa. Alasan berlaku pertembungan kerana katanya pengagihan ekonomi serta pembangunan tidak diagih dengan baik. Maka pelbagai langkah dibuat Rancangan Malaysia 1 sampai ke 10 yang terkini. Apakah benar pertelingkahan disebabkan ekonomi semata-mata. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaung-laungkan sebagai dasar utama bagi memastikan pemilikan/penguasaan 30% ekonomi Melayu/ Bumiputera tercapai.

Hari ini 40 tahun sudah DEB, dasar ini akan lenyap sendiri Bapak buat dasar anak mansuhkan. Selepas peristiwa hitam 13 Mei maka akhirnya Negara diletakkan dalam suasana darurat, selepas itu Tun Abd Razak jadi PM dan sebagai langkah DEB dilancarkan. Antara langkah kearah mencapai sasaran penguasaan 30% ekonomi maka lahirlahlah Bank Bumiputra, MARA, FELDA, dasar setiap pengagihan projek kerajaan dalam semua sektor diberi keutamaan kepada Bumiputra juga syarkat pemilikan atau pemegang saham 30% Melayu. Tetapi malang kepada Melayu Malaysia bila mana anak kepada Tun Razak jadi CEO sebuah CLC yang namanya Bumiputra Commerce yang kemudian ditukar kepada CIMB apa yang dibuat tiada dasar Melayu dan Bumiputra, tambah malang lagi bilamana sorang lagi anaknya menguasai negara kerana jadi PM apa yang dia buat adalah dengan mengugurkan 27 sektor ekonomi daripada dasar 30% pengagihan projek kepada Melayu. Tambah malang lagi pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dulunya Kemeterian Perusahaan Awam yang menjadi payung kepada usahawan bumiputera.

Sebagai anak kampung yang lahir lepas zaman penjajah jua zaman Jepun pun juga tidak mengetahui peritnya 13 Mei 1969 kerana ketika itu baru usia 3 tahun, rasanya pendekatan, cara, perancangan yang lebih utama corak berfikir kita mesti berubah. Allah SWT memang beri kita kebebasan berfikir dan boleh jadi ahli dalam bidang kita masing-masing tetapi semuanya telah ada landasan serta asas yang cukup konkrit iaitu Al Quran dan Al Hadis serta sunnah nabi dalam pelaksanaan Al Quran dan Al Hadis. Kalau kita tak faham apa yang Quran atau Hadis sebut kita rujuk kepada cara Rasullulah , contohnya dalam membangunkan atau memimpin sebuah negara apakah yang lebih utama serta didahulukan samada bina bangunan, buat perniagaan serta gedung besar atau bangunkan manusia itu sendiri. Nabi tunjuk kita kena bangunkan manusia itu yang lebih utama.

Pada saya apakah kita gagal membentuk Malaysia tidak gagal..ia adalah belum berjaya.Kita lihat krisis Perak yang kalut, Kemelut yang direka dan dirancang macam buat drama TV3, memang P.Ramle hebat...SARKASSS DAAA...KERAJAAN BAWAH POKOK...NEGERI PASIR DUA BUTIR...

Isnin, 11 Mei 2009

PIDATO KEPIMPINAN SISWA BERSAMA YB NURUL IZZAH ANWAR


PIDATO KEPIMPINAN SISWA
BERSAMA YB NURUL IZZAH BT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Tarikh : 27 Mei 2009 (Rabu)
Masa : 8.45 malam - 11.00 malam
Tempat : Dewan Besar UNISEL, Bestari Jaya, Kuala Selangor
Anjuran: Persatuan Mahasiswa UNISEL
Dengan Kerjasama Pusat Khidmat Islah
Pakaian : Kemas dan Sopan
'SDR- SDRI DIJEMPUT HADIR'

Sabtu, 9 Mei 2009

MUNGKINKAH MEI BULANYA GELAP TIDAK CERAH

Setiap bulan Mei dimulai dengan cuti umum kerana hari pekerja, nampak semacam menarik apatah lagi ada banyak sambutan dalam bulan ini Hari Ibu, Hari Guru , Hari Belia dan yang tak nak orang kenang 13 Mei.
Bulan Mei 2009 banyak cerita yang menarik dan tertarik, di Selangor SPRM buat hal lagi ini permainan kotor kes Isu Sambutan Hari Raya MB di Kelab Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru pada 12 Oktober 2008 jadi tarikan yang tak seronok aku tak pasal-pasal dipanggil untuk diambil kenyataan keran ikut mereka aku banyak tahu entah le..tapi yang jadi soal ni pejabt MB pun satu tak belajar-belajar tukar jelah semua pegawai kat pejabat MB dan SUK tu..payah sangat ke...ni aku tak faham, nak kata tak pandai nampak macam pandai..nak kata bodoh..macam pandai..agaknya bengap le..yang MB pun satu yang pegi lawan SPRM kat mahkamah pasal apa..tak da pasal cari pasal..
Tak pa biar Selangor buat urusan dia sendiri..tapi yang pastinya semalam SPRM telefon aku lagi sekali mintak datang katanya ada beberapa dokumen juga gambar yang SPRM mintak aku tengok...ok lah bab tu aku bila dia orang panggil aku datang.

Kisah drama Selangor kurang menarik pasal yang dibuat oleh penulis skrip low class.. tapi drama Perak top kalah semua filem serta drama antarabangsa..kisah lompat-lompat, kisah rebut MB, kisah sidang bawah pokok, kisah 7 mei ni lagi menarik lebih teruk daripada parlimen Taiwan..lebih menarik daripada Bush kena baling kasut..penulis skrip, pengarah serta pelokonnya yang handal kalah Hollywood, Kalah Bollywood kerana penulis skrip otaknya Bollywood, Pengarahnya belajar Hollywood para Pelakonnya pilihan Bollywood dan menuntut daripada Jackie Chan...pehh memang menarik.
Ini memang sejarah besar..Zamry Oh Zambry Abd Kadieq..hang belajaq mana..boleh mai tukaq speaker ikut suka hang..boleh ka Tim Speaker ambil alih tugas Speaker tanpa persetujuan Speaker..memalukan.

Lepas drama Perak yang akan disambung episodnya..kita akan ke drama Penanti pada 23 hingga 31 Mei.Jom kita pi Penanti.

SELAMAT HARI IBU..

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang... aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk......mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.