Rabu, 31 Disember 2008

31 DISEMBER 2008

Hari ini hari akhir ikut kalender masihi bagi tahun 2008, tahun yang punya banyak kenangan dalam dairi kehidupan sepanjang usia 43 tahun.Rasanya begitu cepat masa bergerak walaupun sebenarnya masa dan waktu sama sahaja. Teringat lagi bulan November 2007 tarikh mula memang jawatan selaku Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor, dua bulan awal banyak maklumat yang saya kumpul untuk membuka langkah juga membentuk JK Jentera Negeri dan terus Bilik Gerakan Pilihanraya Negeri pun dibuka.

Mula sahaja januari 2008 saya terus melangkah turun membentuk jentera Pilihanraya peringkat Parlimen dan DUN.Siri kursus dan latihan Pilihanraya saya mulakan. Latihan PACA, Pidato, Kempen, Personaliti Calon, Tugas Pengarah juga Jentera Pilihanraya. Semua latihan saya bersama AJK cari duit sendiri tanpa bajet parti, terima kasih tak terhingga kepada semua penyumbang terutama Sdr Dato' Mat Ghazali yang banyak membantu.

Hari demi hari mendebarkan, tarikh 12 Febuari 2008 pengumuman pembubaran Parlimen malam itu saya panggil semua Pengarah Pilihanraya serta JK Jentera seluruh Parlimen dan DUN. Satu yang saya umumkan adalah setakat malam ini kita telah pasti menang dalam 15 kerusi DUN. Semua orang tercengang serta terpingga-pingga , ye ke...Yahya ni. Tapi saya umum lagi saya punya keyakinan pada tengah malam 8 Mac dan menjelang 9 Mac kita pasti membentuk Kerajaan Baru.

Semua ucapan serta kata-kata saya menjadi kenyataan pada 8 mac 2008, jam 7.45 malam 8 mac saya telah telefon DSAI saya nyatakan bahawa kita berjaya bentuk kerajaan di Selangor...jam 8.15 malam saya maklum juga pada TSKI bahawa kita menang di Selangor....jam 9 malam bililk gerakan mula sesak, telefon tak henti bergetar...semua tinggal kenangan....muga Allah merahmati diri ku.... daku berdoa hendaknya Allah terus memberikan aku tenaga fikir yang terus cerdas...yang aku pasti aku punya sedikit kelebihan yang Allah kurniakan....

Selasa, 30 Disember 2008

ALHAMDULLILAH.....TAHNIAH BUAT ANAKANDA KU AMIRAH SARIYATI

Hari ini 30 Disember 2008...Alhamdulilah awal tahun baru ini hadiah istimewa Allah swt berikan padaku anakku Amirah Sariyati peroleh A dalam semua matapelajaran (8A)Penilaian Menengah Rendahnya (PMR).Muga Allah terus berikan kecemerlangan pada anak-anakku.
Kejayaan anakku merupakan sebahagian daripada kejayaan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Seramai 134 peroleh 8A. Tahniah anak..anak semua.Dikhabarkan SEMASHUR mencatat nombor pertama bagi keputusan PMR diseluruh Negara.

TAHUN BARU MUGA ALLAH SWT MERAHMATI..

Alhamdullilah...syukur pada Allah swt. Masuk tahun baru. Agak lama tidak dapat update blog sendiri. Masa yang agak kelam kabut, ada ketikanya tengah ada masa internet pulak kong. Beberapa ketika sempat pegi kenduri khawin. Rumah sepupu-sepupu aku buat kenduri khawin baru aku nak pegi, gembira rasanya pasal dapat jumpa sedara dan kawan-kawan. Tugasan dan kerja yang orang tua aku cukup titik beratkan.

Lebih menyeronokkan dapat singgah kat Kuala Kangsar... tengok Tersergam Indah Kolej Melayu. Anak-anak aku agak kagum..tengok pulak kawasan Istana.

Beberapa kumpulan teman-teman datang bertemu mohon pelbagai pandangan serta nasihat. Setakat yang boleh aku berikan. Dengan politik, projek, bisnes dan ekonomi dunia. Satu yang agak mengembirakan dapat idea baru kaedah mempromosi produk.

Muga tahun baru 1430...ini membawa kerahmatan Allah swt

Jumaat, 12 Disember 2008

Bengkel bantu usahawan Selangor

Bengkel bantu usahawan Selangor
Selasa, 9 Disember 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Selangor & Putrajaya
SEBUAH program, ‘Bengkel Prospek Bisnes Selangor 2009′ akan dianjurkan bagi membantu para usahawan-usahawan di negeri Selangor.

Menurut Setiausaha Kehormat Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor, Mohd Yahya Sahri, bengkel berkenaan dibahagikan tiga sesi pembentangan yang dipecahkan beberapa prospek bisnes yang boleh diceburi oleh para usahawan di Selangor.

“Pembentangan daripada anak-anak syarikat kerajaan Selangor akan mendedahkan serta memberi peluang kepada para usahawan, kontraktor, pembekal serta pelajar mengenali serta mendekati potensi bisnes di Selangor,” katanya melalui satu kenyataan.

Program berkenaan akan diadakan pada 15-19 Disember ini bersempena dengan karnival Selangor Ria 2008 yang di anjurkan oleh Seksyen Sektoral Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor Stadium Shah Alam.

Sesi bengkel terbuka kepada semua terutamanya usahawan, bakal usahawan, pengarah syarikat, pedagang, peniaga, pelajar dan orangramai, bagi yang berminat boleh menghubungi sekretariat pada talian 03-40235155 email ysp3737my@yahoo.com atau layari laman web www.dpimselangor.com.

Rabu, 10 Disember 2008

DAULAT TUANKU...

Esok 11 Disember 2008 hari Khamis Selangor cuti..hari keputeraan Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah. Biasalah bila hari keputeraan sultan sudah pasti ada majlis dapat pingat...pehhh.Kalau ikut logik lah..semestinya sebuah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang akan dapat pingat sewajarnya dari kalangan..orang PR, esok sapelah diantara YB Exco dan YB yang dapat anugerah Dato' atau lain-lain pingat...atau agaknya masih juga yang dapat pingat dan darjah kebesaran mereka yang keahliannya UMNO.MIC..MCA..GERAKAN. Saksikanlah drama..esok..menarik ni..esok keluar saja nama penerima anugerah cuma cari nombor kad pengenalan dan semak keahlian parti apalah agaknya...aku cukup yakin UMNO..

Isnin, 8 Disember 2008

PERISTIWA BERDARAH.... padang berbandi darah

Hari ni 8 Disember 2008 bersamaan 10 zulhijjah 1429 umat Islam di Malaysia merayakan hari raya quraban. Kebanyakan masjid jam 8.00 atau 8.30 pagi para jemaah menunaikan solat sunat Aidil adha hampir semua surau dan masjid penuh Alhamdulilah, kalau macam ni ketika solat 5 waktu aman damai dunia.

Jam 9.30-10.00 pagi maka mula sidang sembelih menyembelih..peristiwa berdarah berlaku..banyak padang berbandikan darah..patutnya FRU datang kerana..penyembelihan berlaku..banyak senjata digunakan..parang..pisau..kapak..cangkul semua senjata di gunakan.. namum Alhamdullilah..semua berlaku dengan aman kecuali mangsa sembelihan qurban..Lembbu,Kambing, kerbau dan unta yang dipilih menjadi sembelihan Qurban pasti akan berbangga kerana diantara begitu banyak binatang mereka adalah binatang yg dipilih oleh Allah swt utk menjadi tunggangan manusia untuk kesyurga Allah SWT...

Ahad, 7 Disember 2008

HARI ARAFAH...Hari Raya Aidil Adha

Hari ni 7 Disember 2008 bersamaan 9 Zulhijjah 1429 bersamaan hari Wukuf Hari Arafah hari manusia berkumpul di padang Arafah tak kira bangsa..keturunan..kedudukan..semua sama..pakai putih..tiada satu pun fesyen yang layak di ketegahkan..yang layak adalah fesyen mati... Masih teringat..lagi...aku bersama para jemaah satu masa dulu...duduk bawah khemah...doa..zikir..baca quran..melihat..keagungan Allah..Ya Allah bila lagi nak kesan...rindu..betul rasanya...esok 10 Zulhijjah malam tu berhenti sejenak di Mudzalifah..lepas tu teus ke Mina..dan melontar..di Jamrah..Aqabah..lepas tu ..tiga-tiga Jamrah..Aqabah..Ulla..dan wusta...ini memang mencabar..tak rasa..Raya macam orang lain...

Esok 9 disember 2008 bersamaan 10 Zulhijjah hari Raya Qurban..kali Qurban kat Surau Taman Selaseh 2...Pada teman-teman..semangat Qurban teruskan..doakan saya doakan keluarga saya muga Allah terus merahmati saya dan keluarga..pun teman-teman semua juga sentiasa dalam rahmat dan rahim Allah...DiaLah yang berkuasa segalaNya.. jangan sikit pun percaya ciptaan dan rekaan manusia....SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

4 disah maut satu dicari, tragedi tanah runtuh 'hantui' Hulu Klang

Catitan MStar

4 disah maut satu dicari, tragedi tanah runtuh 'hantui' Hulu Klang
Operasi cari mangsa diteruskan sepanjang malam, 14 banglo tertimbus

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB

PEMANDANGAN udara lokasi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa yang terjadi awal pagi ini. foto ihsan TV3
PEMANDANGAN dari udara lokasi kejadian. Gambar dirakamkan oleh unit helikopter Polis Diraja Malaysia.
PEMANDANGAN kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat Kuala Lumpur. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN
MAYAT keempat dikeluarkan dari lokasi kejadian kira-kira pukul 7.45 petang tadi. - foto The Star oleh AZMAN GHANI

[DIKEMAS KINI, 11 malam] KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini - kedua paling buruk sejak 1993 -mengorbankan empat orang manakala seorang lagi mangsa dipercayai masih terperangkap dalam rumah-rumah yang tertimbus.

Mayat keempat ditemui pukul 7.40 petang tadi iaitu seorang wanita Indonesia bernama Surina, 30.

Dia merupakan penghuni rumah bernombor 15.

"Dengan penemuan mayat ini, melalui maklumat yang kita peroleh ada satu lagi mangsa yang hilang," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Bagaimanapun polis tidak menolak kemungkinan ada pihak yang melalui kawasan itu ketika kejadian turut terperangkap.

"Kami akan meneruskan operasi sehingga dapat memastikan tiada lagi mangsa dalam timbunan tanah runtuh," kata beliau pada sidang akhbar pukul 9 malam tadi.

Kata beliau, mangsa yang masih tertimbus merupakan seorang lelaki.

"Kita telah mengenap pasti kawasan mangsa (berada) dan kerja-kerja mencari sedang dilakukan di kawasan itu," katanya lagi.

Ketika ditemui wartawan kira-kira pukul 11 malam tadi, Khalid berkata, usaha mengesan mangsa itu diteruskan sepanjang malam.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu telah menimbuskan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama.

MANGSA TERKORBAN

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20, Dr N. Yogeswari, 40 dan Eng Yee Peng, 30.Khalid berkata pasukan mencari dan menyelamat sedang mengenal pasti kedudukan keduadua mangsa, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai masih terperangkap.

"Ada rumah yang roboh sepenuhnya dan ada hanya sebahagian roboh," katanya yang berada di tempat kejadian.

Petang ini pasukan mencari dan menyelamat mula menggunakan jengkaut untuk mengesan mangsa yang tertimbus itu memandangkan kejadian telah berlaku lebih 12 jam.

Khalid berkata, pasukan mencari dan menyelamat akan menggunakan kepakaran untuk memastikan mangsa tertimbus tidak tercedera apabila jengkaut digunakan.

ANTARA rumah yang musnah dalam kejadian tanah runtuh awal pagi ini. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN

OPERASI 24 JAM

Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan selama 24 jam tanpa henti walaupun hujan.

"Tetapi jika hujan terlalu lebat hingga membahayakan pasukan mencari dan menyelamat, operasi akan dihentikan sementara waktu," katanya.

Beliau berkata, terdapat 14 pasukan penyelamat di lokasi dan mereka akan turut membuat dua laluan alternatif supaya penghuni yang tinggal di kawasan berhampiran boleh keluar.

"Mereka yang diarahkan pindah dari kawasan kejadian akan ditempatkan di pusat sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. Mereka dibenarkan pulang ke rumah masingmasing setelah mendapat pengesahan Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) jika kawasan itu selamat," katanya.

TANAH BERGERAK

Khalid berkata, masalah yang dihadapi sekarang adalah keadaan tanah yang masih bergerak dan tidak stabil apabila usaha mengorek tanah dijalankan.

Kawasan runtuhan itu meliputi empat hektar dengan lingkungan satu kilometer meliputi kawasan sekitarnya, katanya.

Sebelum itu, beliau melaporkan 93 orang mangsa kejadian tanah runtuh itu berjaya menyelamatkan diri.

Khalid berkata, polis telah menasihati antara 3,000 dan 5,000 penduduk di situ agar meninggalkan rumah mereka, yang kebanyakannya berupa apartmen.

14 DIRAWAT HKL

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) Zaiton Abu Bakar berkata 14 mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital itu.

Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan awal di surau Addinniah di Bukit Antarabangsa sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan menggunakan tidak kurang daripada 12 ambulans.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.

Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.Mohamed Thajudeen sekeluarga bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.

Menurut bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah.

Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

LALUAN TERHALANG

Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratusratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Mereka yang terperangkap dan juga pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif memandangkan jalan utama ke kawasan itu tidak dapat dilalui.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang melawat tempat kejadian berkata, pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut melawat tempat kejadian.Tanah runtuh hari ini berlaku kira-kira 1.5km dari tempat berlaku runtuhan tiga blok 12 tingkat apartmen Highland Towers pada 11 Disember 1993, mengorbankan 48 orang.

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa juga yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam masa seminggu.

Pada 30 November, dua beradik Noratirah Roslan, 16, dan Nurul Intan Sarina, 9, terbunuh dalam kejadian runtuhan tanah yang menimpa banglo kediaman mereka di Ulu Yam Perdana, Gombak.

Khamis lepas, tanah runtuh di Jalan Semantan meranapkan dinding konkrit kawasan meletak kenderaan yang terletak antara dua bangunan, mengakibatkan enam kereta tertimbus selain merosakkan lima lagi kenderaan.

Kesemua kejadian tanah runtuh ini dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah, dan keadaan itu diburukkan lagi oleh hujan lebat sejak beberapa minggu lepas.

Tanah runtuh Hulu Klang: Mayat keempat ditemui

[DIKEMAS KINI, 7.45 petang] KUALA LUMPUR Mayat mangsa keempat tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa ditemui pukul 7.45 petang tadi.

Dengan itu jumlah mangsa terbunuh setakat ini telah meningkat kepada empat.

Difahamkan dia merupakan seorang wanita Indonesia.
Dalam pada itu, operasi untuk mengesan seorang lagi mangsa masih diteruskan.

Terdahulu polis berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dijalankan 24 jam bagi mengesan dua yang masih dipercayai tertimbus.

Ketika menemui wartawan pukul 7 petang tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, hanya dua disahkan hilang oleh saudara-maran dalam kejadian itu - yang ketiga dalam tempoh seminggu ini di negara ini.

Ia merupakan tragedi ketiga paling buruk di Hulu Klang sejak Disember 1993, yang melibatkan satu blok Highland Tower runtuh.
Mengenai enam yang dikatakan hilang sebelum ini, beliau berkata, ia dikesan ketika menggunakan alat pengesan.
"Mungkin masa kita sedang kesan ada haiwan atau kenderaan yang lalu," katanya.
Terdahulu, polis berkata, setakat pukul 5.30 petang tadi, nasib mereka tidak dapat diketahui kerana kedudukan rumah yang dihuni itu telah bergerak dari tempat asal berikutan kejadian tanah runtuh 4 pagi tadi.

Pasukan mencari dan menyelamat telah mula menggunakan jengkaut untuk mengesan mangsa yang tertimbus itu memandangkan kejadian telah berlaku lebih 12 jam.

Khalid berkata, pasukan mencari dan menyelamat akan menggunakan kepakaran untuk memastikan mangsa tertimbus tidak tercedera apabila jengkaut digunakan.

"Ada enam orang yang masih hilang. Pasukan menyelamat menggunakan anjing pengesan dan peralatan elektronik.

"Pada pukul 12 tengah hari tadi kita dapat mengesan dua mangsa di rumah hujung yang masih tertimbus.

"Kita sedang berusaha mendekati, harap-harap mereka boleh bertahan sampai kita datang," kata Ketua Polis Selangor kepada media di tempat kejadian.

Setakat pukul 7 pagi tadi, tiga mangsa yang terbunuh sudah dikenal pasti.

Mereka ialah Shaiful Khas, 20, anak kepada Datuk Shaharuddin Adnan, ahli perniagaan yang telah bersara.

Dua yang lain ialah isteri jurutera K. Thanarajah, Dr. N. Yogeswari, 40, dan akauntan Eng Yee Peng, 30.

Ketiga-tiga mayat mangsa dituntut oleh keluarga masing-masing hari ini.

Jenazah Shaiful Khas dituntut oleh keluarganya kira-kira pukul 4 petang ini untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al-Ridzuan, Hulu Klang selepas Asar.

Shaiful Khas, anak bongsu daripada dua beradik, tertimbus di tingkat bawah rumah banglo dua tingkat milik keluarganya. Sementara itu, mayat mendiang Yogeswari, 40, seorang doktor haiwan, dituntut oleh keluarganya pada pukul 3.30 petang ini untuk dibawa ke rumah adik suaminya di Kelab Ukay.

Yogeswari maut apabila cuba menyelamatkan anaknya, Tidesh, 10, dalam keadaan gelap di rumah mereka akibat terputus bekalan elektrik.

Menurut keluarganya yang tidak mahu dinamakan, mayat mendiang akan dibakar esok di Pusat Pembakaran Mayat Cheras.

Mayat Eng yang baru melahirkan anak dua bulan lepas, dituntut oleh keluarganya untuk dibakar pada Isnin ini.

Dalam pada itu, Khalid berkata, kawasan kejadian melibatkan keluasan kira-kira empat hektar (10 ekar) manakala penduduk di kawasan satu kilometer membabitkan kawasan sekitar lokasi kejadian sedang dipindahkan.

Selain itu, kata beliau, empat lagi mangsa sudah dikesan iaitu di rumah bernombor 15 dan tiga lagi di rumah bernombor 16 Taman Bukit Mewah tetapi kedudukan mereka belum dikenal pasti.

"Berhubung usaha pemindahan bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan belakang dan di atas kawasan kejadian, kita telah sediakan Sekolah Kebangsaan Ulu Klang sehingga Ikram dan Jabatan Kerja Raya mengesahkan kediaman mereka selamat," katanya lagi.

Malah kata beliau, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa laluan yang akan dibuka untuk penduduk yang tidak dapat keluar dari kawasan tempat tinggal di belakang tempat kejadian kerana terdapat halangan tanah runtuh.

"Kita telah buka laluan menghala ke Taman Milenium untuk membolehkan penduduk keluar.

"Sekarang (sehingga 5 petang tadi) sudah ada dua jalan alternatif bagi membolehkan mereka keluar berjalan kaki," katanya.

Malah, jelas beliau, tindakan membuka jalan alternatif perlu diambil kerana usaha memindah akan mengambil masa dua hingga tiga hari jika hanya menggunakan satu jalan utama.


BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR Hulu Klang yang sudah 'terkenal' sebagai lokasi tragedi tanah runtuh, hari ini meragut tiga lagi nyawa, setakat tengah hari tadi, dengan kejadian terbaru melibatkan 13 banglo di Bukit Antarabangsa.

Jumlah terkorban dikhuatiri meningkat.

Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan enam yang lain.


Lokasi kejadian kali ini ialah kira-kira 1.5 kilometer dari Highlands Tower yang runtuh 15 tahun lalu.

Mayat dua wanita dan seorang lelaki telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), kata Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr. Lailanor Ibrahim.

Dr. Lailanor, yang memangku jawatan Pengarah HKL berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan nama mangsa terbabit kerana ia di bawah tanggungjawab pihak polis.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, tujuh lagi dikuatiri tertimbus.

Sebanyak 13 rumah banglo terlibat dengan separuh daripadanya tertimbus separuh.


"Langkah-langkah pencegahan juga telah diambil di mana 2,000 penduduk dari blok kediaman berdekatan telah dibawa keluar.

"Ada juga kes seorang diserang sakit jantung dan ada yang hampir melahirkan anak," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kira-kira pukul 11 pagi tadi.

"Bagaimanapun bantuan segera menggunakan helikopter polis telah dihantar untuk menyelamatkan mereka," kata beliau lagi.

Seramai 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri.

Perkata itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian.


Ia merupakan kejadian ketiga dalam tempoh seminggu ini termasuk yang terbaru dua hari lalu di kawasan Jalan Semantan di sini yang memusnahkan 11 kenderaan tetapi tiada kehilangan nyawa.


Pada Ahad lalu, dua beradik mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Lot 110, Jalan Belida 1, Hulu Yam Perdana, Selangor.


Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah.

Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed, Thajudeen Abdul Wahab.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Kuala Lumpur (HKL), Zaiton Abu Bakar berkata, 14 mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital itu.

Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan awal di surau Addinniah di Bukit Antarabangsa sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan menggunakan tidak kurang daripada 12 ambulans.


Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di tempat kejadian, yang dipetik Bernama berkata, terdapat empat mangsa korban dalam insiden kirakira 4 pagi itu.


PBSM juga melaporkan 15 orang yang dilaporkan cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan.


Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.


Menurut bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air dalam tanah.


Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.

Ahli Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

BERITA TERDAHULU

Tanah runtuh Bukit Antarabangsa, 4 maut

KUALA LUMPUR: Empat terkorban manakala lebih daripada lapan orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh 4 pagi yang menyebabkan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat sini, tertimbus.

Empat mayat yang ditemui melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki, demikian menurut jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di tempat kejadian.Kirakira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.

Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Sabtu, 6 Disember 2008

Dulu dah Runtuh...runtuh..lagi..


Kenapa..kok..Runtuh ..lagi





RUNTUH..OH RUNTUH...KENAPA ..Engkau Runtuh.



RUNTUH..OH RUNTUH...KENAPA ..Engkau Runtuh.

[DIKEMAS KINI, 1.40 tengah hari] KUALA LUMPUR: Salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh bukit Antarabangsa awal pagi ini, Hare Zainul berkata, beliau mendengar bunyi seperti letupan kuat ketika sedang mengikuti siaran televisyen kira-kira pukul 3.45 pagi tadi.

Katanya, ia disusuli dengan gangguan bekalan elektrik secara tiba-tiba.

"Saya rasa panik dan mengejutkan kesemua 10 anggota keluarga saya dan kami keluar guna pintu depan... apabila keluar, saya juga mendapati jiran-jiran pun sudah keluar.

"Mereka juga tidak tahu apa yang berlaku.

SEORANG lagi mangsa tragedi K.Thanarajah di Hospital Kuala Lumpur. foto The Star oleh AZMAN GHANI

"Apabila saya membuka pintu pagar, saya nampak timbunan tanah runtuh di depan rumah saya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian sebentar tadi.


Keluarganya tinggal di rumah mereka di kawasan itu, di Taman Bukit Mewah, sejak tujuh tahun lalu.

Hare, 35, berkata, ini merupakan pengalaman pertama bagi mereka di kawasan tersebut.

Hare menambah, ketika beliau sedang berbual-bual dengan jiran mengenai apa yang berlaku, rumah jirannya itu runtuh.

"Sebahagian rumah saya juga runtuh. Kemudian rumah jiran dan empat buah rumah yang lain jatuh keseluruhan.

"Tapi saya tidak tahu mengenai jiran-jiran yang lain kerana maklumlah pada masa itu semuanya mesti sedang tidur nyenyak," katanya.

Sebentar tadi, polis mengesahkan mangsa korban tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini setakat ini ialah dua orang melibatkan seorang ibu dan anaknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian berkata 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri.

LAGI KOMEN MANGSA

Seorang lagi saksi Hassan Saad berkata, beliau mendengar bunyi seakan-akan ribut dan diikuti dengan bunyi letupan sebelum kejadian tanah runtuh.

Hassan, 48, berkatam semasa sedang menonton televisyen di ruang tamunya pada pukul 4 pagi tadi, beliau tiba-tiba terdengar bunyi bagaikan ribut lalu menjenguk ke luar rumahnya dan melihat keadaan tenang dan pokok-pokok di situ tidak bergoyang.

Ahli perniagaan itu kembali menonton televisyen sebelum tiba-tiba terdengar bunyi seperti bom meletup dan terus bergegas ke luar rumahnya, dan melihat runtuhan tanah dari bukit menghempap rumah jirannya yang terletak di depan rumahnya.

Hassan berkatam beliau terus menjerit membangunkan keluarganya yang seramai 10 orang termasuk ibu mentua dan dua sepupunya serta jiran-jirannya supaya menyelamatkan diri.

Hassan yang tinggal di kawasan itu sejak 15 tahun lepas berkata ini adalah kejadian yang pertama kali berlaku di kawasan itu.

"Pada bulan lepas, lapan batang pokok tumbang di lereng bukit kira-kira 20 meter dari belakang rumah saya dan saya maklumkan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

"Mereka telah datang dan memotong pokok-pokok itu. Saya ingat semua ok," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

BUNYI DENTUMAN

Sementara itu, Lian Wan Jian dari Taman Bukit Mewah berkata beliau terdengar dua bunyi dentuman yang kuat dan menyangka berlaku gempa bumi.

Pada masa kejadian, ahli perniagaan itu masih belum tidur tetapi isteri dan dua anak lelakinya sedang nyenyak tidur dan bunyi dentuman itu telah mengejutkan mereka.


Ketika membuka pintu rumah untuk menyelamatkan diri, Lian berkata beliau dan keluarganya ternampak pergerakan tanah yang menolak kereta hingga "terangkat" tinggi, dan merasakan rumah mereka bergerak ke arah rumah jiran.

Bagaimanapun, mereka sekeluarga dapat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

"Mungkin rumah kami di bahagian hujung, mungkin sebab itu kami dapat menyelamatkan diri," katanya yang ditemui di pusat penempatan mangsa di surau Addinniah, Taman Bukit Mewah.

Sementara itu, bapa mentua mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong berkata, menantu perempuan dan cucunya yang baru berusia dua bulan dijumpai mati tertimbus, sementara anak lelakinya setakat pukul 9 pagi ini masih dilaporkan tertimbus.

Chong berkata, malam tadi beliau telah datang melawat anak dan menantunya, dan kembali ke rumahnya pada pukul 11 malam tadi, dan awal pagi ini jiran anaknya telah menelefonnya dan memaklumkan rumah anaknya ranap.

KELAM KABUT

Keadaan di kawasan itu agak kelam-kabut dengan beratus-ratus penduduk di kawasan perumahan itu tidak dapat keluar kerana satu-satunya jalan menghubungkan kawasan itu telah dipenuhi dengan jengkaut, bomba, ambulans dan trak serta pasukan keselamatan yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.

Sementara itu, jalan di kawasan itu penuh sesak apabila penduduk di kawasan itu pula beramai-ramai cuba melarikan diri dari kawasan itu.

Rabu, 3 Disember 2008

MASIH ADAKAH HARAPAN UNTUK POLITIK BARU...

Hari ini 3 Disember 2008 (Rabu), Alhamdullilah subuh yang tenang dan nyaman. Pagi ni awal-awal lagi Isteriku dah mengadap Komputer dia tengah asyik dengan bisnes IT cari duit guna rangkaian blog dan lain-lain, dia pun cerita kat aku, aku pun jadi pendengar yang tekun...ok gak tu.
Cuma sebenarnya kepala aku melayang sejenak mengingatkan sesi 'pecah kepala' malam tadi yang dianjurkan oleh beberapa teman-teman kat UK. Pehhh...cuma bila minta komen serta menjawap isu-isu terkini, aku cuma jawap. Harapan Baru untuk Politik Baru sudah tiada Harapan...aku sebut aku cukup bimbang aku serta kawan-kawan yang lain jatuh 'Munafik' pasal kita dok kempen kuat..janji nak buat serta laksana Politik Baru..yang intinya adalah..keadilan, ketelusan,kewibawaan,setiakawan...nampaknya tidak muncul dalam semangat politik.. yang ada sekarang...aku bimbang...akhirnya hampir semua...ahli kumpulan'pecah kepala' setuju dengan pandangan aku...mereka agak mendesak..kemana aku lepas ni...
Aku bilang...politik ni sebahagian dunia aku... politik ni luas..pentas juga pelbagai..keadilan tetap akan aku perjuangankan...

Selasa, 2 Disember 2008

SELANGOR RIA 2008- Program Anjuran Kerajaan Sealangor dengan Kerjasama Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM Selangor)


RASUAH....atau AGENDA BUSUK HATI

Hari ini 2 Disember 2008(Selasa)anak-anak yang masih cuti sukar untuk bangun tido..pasal tido lewat. Semalam pagi-pagi lagi aku dah di sentap oleh panggilan hoi..berita keluar SINAR... panas..ni...apa cerita.. wah, aku tenang lepas..solat sunat dhuha..aku keluar rumah cari SINAR...baca, pehhh muka depan..TOP..berita depan sisipan Selangor...aku tenang baca. Pengarah BPR Selangor Baru..aku terus telefon teman aku yang menguruskan juga sebagai penasihat aku dalam kes BPR ni...

Aku terus ke pejabat..dalam kotak fikiran aku..kenapa agenda busuk hati..tak habis-habis, mengapa perlu ada individu yang tak senang hati dengan aktiviti yang aku buat. Aku jawab sendiri..memang itulah sifat manusia yang Allah jadikan..tak perlu haira.. aku serahkan serta berdoa pada Allah..muga Allah membantu..pohon teman-teman doakan muga aku tabah...